Ahad, 23 Ogos 2009

TENPIN BOLING (TERTUTUP) OGOS 2009

18 Ogos 2009,hari selasa.Satu pertandingan boling tertutup Kelab PETANDA Kerian telah diadakan.Acara bermula pada jam 9.00malam dengan dihadiri 22 peserta lelaki dan 9 orang peserta wanita.

Pertandingan boling ini sebenarnya adalah diinspirasikan oleh Tuan Yang DiPertua Kelab PETANDA Kerian iaitu Tuan Haji Mad Dan B.Hassan dan telah pun berjalan setiap bulan bermula dari Januari 2009 lagi.Dengan adanya pertandingan boling ini maka makin ramailah bakat-bakat baru yang dapat dicungkil.

Pada malam ini En.Shaiful Ridzuan B.Abdul Wahab telah ditabalkan selaku Juara Boling bagi bulan Ogos 2009 dengan 754 jatuhan pin untuk 5 frame permainan.Manakala En.Shahril Hafizi B.Basharuddin menjuarai kategori jatuhan pin terbanyak dalam satu frame permainan iaitu 199 jatuhan pin.

Bagi peserta wanita pula kejuaraan adalah ditangan Pn.Norlela Bt.Nyub dengan 649 jatuhan pin keseluruhan.Manakala Cik Firoza Bt.Keliwon menjuarai kategori jatuhan pin terbanyak dalam satu frame permainan iaitu 154 jatuhan pin.

BERIKUT ADALAH SENARAI RANKING PESERTA TENPIN BOLING:

DIVISYEN A
1.SHAIFUL RIDZUAN B.ABDUL WAHAB-754 PIN
2.SHAHRUL NIZAM B.RAZALI-747 PIN
3.TN.HJ.MAD DAN B.HASSAN-742 PIN
4.MA'AMOR B.NASRI-709 PIN
5.SHAHRIL HAFIZI B.BASHARUDDIN-703 PIN
6.SYAMSUL HAZEMAN B.MD.SALLEH-698 PIN
7.MOHD.SUHAIME B.ISMAIL-697 PIN
8.KHAIRUL MAZLI B.BAHRUDDIN-689 PIN
9.AMIRUL RAZIF B.SALEH NORDIN-669 PIN
10.AHMAD SOFI B.ZAINON-663 PIN

DIVISYEN B
1.SUHAILI B.HAMSAN-648 PIN
2.JAMALUDDIN B.JALI-639 PIN
3.MOHD.TAJUDDIN B.OTHMAN-631 PIN
4.MOHD.FADZIL B.SUHAIMI-618 PIN
5.AZNUR FIRDAUS B.MOHD.KASSIM-617 PIN
6.MOHAMAD ADLI B.HJ.IDRIS-561 PIN
7.MOHAMAD KHIRUL B.ABDUL MANAN-532 PIN
8.RAZALI B.ABDUL RAHIM-510 PIN
9.SABARUDIN B.AHMAD-509 PIN
10.MOHD.WIRA B.PAKHARRARADZI-476 PIN
11.MOHAMMAD FUAD B.ABDULLAH-471 PIN
12.AHMAD SHAHRIL B.MOHD.ZAHARI-369 PIN

DIVISYEN WANITA
1.NORLELA BT.NYUB-649 PIN
2.FIROZA BT.KELIWON-613 PIN
3.NUR RAIHAN BT.MAT SAAD-608 PIN
4.HANIZA BT.MAHAMUDIN-537 PIN
5.MARIAH BT.MOKHTAR-466 PIN
6.SYAFIAH BT.AHMAD TASIR-461 PIN
7.NOORIATUL HUDA BT.ARBAIN-457 PIN
8.NISHA-415 PIN
9.NOR LIYANA BT.SAID-194 PIN

Bagi memberi galakan dan semangat kepada peserta untuk terus berusaha lagi di masa hadapan maka yang tercorot pun turut menerima hadiah berupa senduk.Peserta lelaki bertuah yang menerima hadiah senduk adalah AHMAD SHAHRIL B.MOHD.ZAHARI dan MOHAMMAD FUAD B.ABDULLAH.Bagi peserta wanita pula adalah NOR LIYANA BT.SAID,beliau turut mencipta sejarah boling Petanda Kerian dengan jatuhan pin tersikit dalam satu frame iaitu 22 jatuhan pin.

Syabas buat semua yang telah menyertai tenpin boling bagi ogos 2009 ini.Semoga tenpin boling september 2009 yang akan datang bakal menyaksikan peningkatan ranking yang amat mendadak buat semua.


En.Fizi menjuarai kategori jatuhan pin terbanyak dalam frame.





En.Saiful Liwan.Juara Tenpin Boling Edisi Ogos 2009





Menerima hadiah daripada Tuan Y.D.P Kelab PETANDA Kerian.





En.Suhaili juara Divisyen B






En.Tajuddin tempat Ke-3 Divisyen B.





En.Giant terpelanting ke Divisyen B





Puan Mariah kembali beraksi





En.Shahril Juara Senduk sebanyak 2 kali.





Cik Nur Liyana pencipta sejarah.





Cik Raihan membuat kejutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan