Jumaat, 28 Ogos 2009

HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN

Kesusahan dan penderitaan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya di Daerah Kerian mendapat perhatian ahli-ahli Kelab Petanda terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, melalui Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) satu kempen sumbangan pakaian baru dan terpakai telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini. Pengerusinya, Puan Noor Liza bt. Mohd. Sohaili memaklumkan bahawa, setakat ini sambutan yang diberikan ahli kelab amat memberangsangkan. Banyak pakaian telahpun diterima dan sedang dalam proses pembungkusan. Kerja-kerja pengasingan dan membungkus pakaian peringkat pertama telah dijalankan oleh AJK HAWA dan para sukarelawan bertempat di Pejabat Tanah Kerian.

Pihak Kelab melalui HAWA akan bekerjasama dengan pihak KEMAS Daerah Kerian bagi membuat pengagihan tersebut. Hingga kini sebanyak 44 buah keluarga dari semua mukim dalam daerah ini telah dikenalpasti. Dimaklumkan pakaian-pakaian ini akan diagihkan kepada mereka dalam satu majlis khas yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Kepada ahli-ahli kelab yang penyayang dan prihatin, diucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan anda. Mudah-mudahan ia akan dibalas sebaik-baiknya oleh Allah SWT. Dan kepada ahli kelab yang ingin menyumbang, anda masih boleh berbuat demikian kepada mana-mana AJK HAWA. Sumbangan anda dalam apa jua bentuk amat dialu-alukan. Semoga Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang ini memberi sinar kebahagian buat mereka.




kerja-kerja pembungkusan sedang giat dijalankan

Isnin, 24 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN PENUH IKHLAS


Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Biro Penerbitan mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua ahli Kelab Petanda Kerian dan semua pengunjung blog ini. Semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kerahmatan kepada semua. Mudah-mudahan puasa dan semua amal kebajikan kita di bulan mulia ini akan diterima oleh Allah SWT. Amin...

Ikhlas daripada Amirul, Haniff, Fadil, Amin, Mizan, Hafizi, Riazal, Siti Jameah & Norul Huda

MAJLIS BACAAN YASSIN & TAZKIRAH SEMPENA MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN PADA BULAN OGOS 2009

Jumaat, 21 Ogos 2009 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Kerian, Parit Buntar telah diadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Tazkirah Sempena Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Pada Bulan Ogos 2009 anjuran Biro Agama dan Biro kebajikan Kelab Petanda Kerian.

Majlis telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kehadiran lebih 70 orang dengan dipengerusikan YDP Kelab Petanda Kerian, Tuan Haji Mad Dan B. Hassan. Beliau mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan juga selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran bagi ahli-ahli kelab yang lahir pada bulan Ogos.

Majlis seterusnya adalah bacaan Yassin Dan Tazkirah yang telah disampaikan Ustaz Ahmad Suffian dari Biro Dakwah, Jabatan Agama Islam Parit Buntar. Tajuk tazkirah adalah Ciri Orang Yang Berjaya dan Kelebihan Bulan Ramadhan. Dalam tazkirah ringkasnya, Ustaz Ahmad Suffian telah menghuraikan ciri-ciri orang yang berjaya di sisi Allah dengan merujuk kepada Surah al-Mukminun. Beliau juga telah memberi panduan kepada hadirin tentang bagaimana untuk mencapai puasa yang baik dan diterima Allah SWT.

Seterusnya adalah majlis penyampaian cenderahati kepada penjawat awam yang menyambut hari lahir, bertukar, menerima cahayamata, anak diterima masuk IPT dan juga penyampaian sijil kepada pelajar IPT yang tamat Latihan Industri. Berikut adalah senarai penerima cenderahati dan sijil pada hari tersebut.

Penjawat Awam Lahir Bulan Ogos
1. Nor Aini bt. Mohd Nordin
2. Saiful Azli bin idris
3. Abd. Razak bin Ahmad
4. Firoza bt. Keliwon
5. Firdaus Farid bin Abd Rashid
6. Nur Raihan bt. Mat Saad
7. Suhaimi bin Salim
8. Norashikin bt. Atan
9. Mohd. Adli bin Hj. Idris
10. Hj. Daraman Shah bin Hj. Non
11. Norul Aini bt. Ishak

Penjawat Awam Yang Menerima Cahayamata
1. Noor Hamizan bin Hasnan (Anak Kedua)
2. Mohd Amin bin Osman (Anak Pertama)

Anak Berjaya ke IPT
1. Hj. Moktar bin Abd. Samad

Kakitangan Bertukar
1. Hjh. Noraini bt. Hj. Ismail (Naik pangkat Pej. Tanah Selama)
2. Ahmad Sabki bin Othman (Naik Pangkat ke JKR Kerian)
3. Ahmad Murad bin Abdul Halim (Naik pangkat ke PTG Perak)

Pelajar Tamat Latihan Industri
1. Nurul Ain bt. Roslan







Ahad, 23 Ogos 2009

AKSI SPEEDBALL DIRTY DOZEN

20 Ogos 2009,Hari Khamis bertempat di USM Transkrian,Nibong Tebal,Pulau Pinang bermula jam 5.30petang, seramai 15 orang platun Dirty Dozen telah hadir sessi latihan SPEEDBALL.Speedball juga adalah salah satu cabang paintball,tetapi MARKER yang digunakan adalah lebih laju dan corak permainan adalah sangat pantas.Satu sessi pertempuran hanyalah mengambil masa 5 minit sahaja.

Dengan bayaran RM500 kami telah dibekalkan 4000 biji PELLET,manakala MARKER,FACE MASK & BAJU PELINDUNG diberi percuma.Lokasi pertempuran adalah diatas padang rata dengan keluasan 100m X 180m.Diatas padang berpagar tersebut terdapatnya belon2 udara yang dipanggil BUNKER.

Tapak Speedball ini sebenarnya diuruskan oleh PROMEDIA PAINTBALL yang juga merupakan dibawah Kelab Kebajikan & Sukan Staff USM.Sebelum pertempuran kami telah diberi taklimat ringkas dan aspek2 keselamatan turut ditekankan dalam taklimat tersebut.

Kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan dengan 5 orang bagi setiap kumpulan.Corak permainan adalah menembak seberapa tepat yang boleh dan jika terkena tembakan PELLET dimana2 anggota badan mahupun MARKER adalah dikira OUT.

Banyak tips-tips berguna yang telah diperolehi bagi permainan speedball ini,umpamanya jika hendak berlindung,berlindunglah di BUNKER yang besar,jika tidak anda akan cepat menjadi sasaran.Pernafasan melalui mulut juga adalah penting,kerana pernafasan melalui hidung yang berlebihan akan menyebabkan FACEMASK anda akan cepat berkabus.

Anda tidak perlu risau ketika bertempur,kerana pihak MARSYAL akan sentiasa ada untuk membantu anda.Dan mengikut sejarahnya belum ada yang terkorban bermain speedball.

























KURSUS BERHUBUNG PENYEDIAAN & PENGEMASKINIAN FAIL MEJA(FM) & MANUAL PROSEDUR KERJA(MPK)

Bagi persediaan PENERAFAN BINTANG (Star Rating)pejabat2 Daerah & Tanah untuk 2010 bagi seluruh negeri Perak,maka Tuan Pegawai Daerah Kerian melalui Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengambil inisiatif mengadakan KURSUS BERHUBUNG PENYEDIAAN & PENGEMASKINIAN FAIL MEJA (FM) & MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK) bagi Pejabat Daerah & Tanah Kerian.Kursus tersebut telah dijalankan selama 2 hari bermula dari 19 ogos 2009dan berakhir pada 20 ogos 2009 bertempat di Bilik Gerakan.Pejabat Daerah & Tanah Kerian.

HARI PERTAMA-Rabu 19 Ogos 2009,Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Cik Nor Aini Bt.Mohd.Nordin iaitu Penolong Pegawai Daerah(Tanah) dan seramai 41 orang peserta kursus telah hadir.

Penceramah kursus ialah En.Abdul Aziz B.Yusof dari Institut Tadbiran Awam Negara,Kampus Wilayah Utara(INTURA).Penyampaian bersahaja beliau amat menarik sekali dan ia sebenarnya lebih kepada bengkel bagi memantapkan lagi FM & MPK sediaada.














HARI KEDUA-Khamis 20 ogos 2009,Penceramah pada hari ini adalah En.Mat Noor B.Jantan juga adalah dari Institut Tadbiran Awam Negara,Kampus Wilayah Utara(INTURA).Beliau sebenarnya telah pun bersara sejak 5 tahun lalu dari INTAN tetapi mesih mencurahkan bakti demi menyampaikan ilmu & pengalaman beliau selama ini.

Manakala upacara penutup kursus & penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh En.Syamsul Hazeman B.Md.Salleh,Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan).Dengan berakhirnya kursus ini adalah diharapkan supaya para peserta dapat menafaatkan segala ilmu yang telah diperolehi dan dapatlah kiranya berkongsi dengan rakan-rakan lain yang tidak dapat hadir.