Jumaat, 30 Oktober 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MENENTANG PEJ.PENDIDIKAN DAERAH KERIAN

Sukacita dimaklumkan Kelab PETANDA Kerian telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persehabatan tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

TARIKH: 2 NOVEMBER 2009

MASA: 5.15 PETANG

TEMPAT: PADANG MAJLIS DAERAH KERIAN

BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PEMAIN YANG AKAN MEWAKILI KELAB:-

1. EN. SYAMSUL HAZEMAN B. MD. SALLEH

2. EN. FIRDAUS FARID B. ABD RASHID

3. EN. MOHD. ROSLAN B. MOHD. ALI

4. EN. KHAIRUL MAZLI B. BAHRUDIN

5. EN. FADZIL B. SUHAIMI

6. EN. NOOR HAMIZAN B. HASNAN

7. EN. JUHARI B. YANG

8. EN. MOHD. TAJUDDIN B. OTHMAN

9. EN. MOHD. FADIL B. MAT ARIS

10. EN. SHAIFUL RIDZUAN B. ABDUL WAHAB

11. EN. SHAHRIL HAFIZI B. BASHARUDIN

12. EN. ABD. RAZAK B. AHMAD

13. EN. SAIFUL AZWAN B. HUDRI

14. EN. MOHD. KHAIRIL ZAMAN B. SHAARI

15. EN. MALEK B. NOH

16. EN. MOHAMED B. ESLAH

17. EN. AZNUR FIRDAUS B. MOHD. KASSIM

18. EN. MOHAMAD FUAD B. ABDULLAH

19. EN. SHAMSUDIN B. SAAD

20. EN. MOHD. KHURSAINI B. ABDUL MANAF




Rabu, 14 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK MERIAH

Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar yang menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Perak pada malam Sabtu (10.10.2009) bertukar wajah menjadi lautan yang dipenuhi bendera dan penari yang berpakaian berwarna-warni sebagai tanda bermulanya sambutan Hari Malaysia di sini.
Kira-kira 1000 orang membanjiri Dataran Sungai Kerian untuk menyaksikan persembahan yang penuh gilang-gemilang yang turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan menggambarkan konsep 1 Malaysia serta melambangkan kepelbagaian kaum di negara ini yang hidup secara harmoni, aman, makmur dan bersatu padu.
Majlis sambutan bermula sebaik sahaja YB Dato’ Abd. Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang mewakili YAB menteri Besar Perak selesai menyampaikan ucapannya. Sebelum itu Tuan Ismail bin Hasan, Pegawai Daerah Kerian juga telah memberikan ucapan aluan mewakili YB Dato’ Hamidah bt. Osman, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Sham bin Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu.
Antara acara menarik pada malam tersebut adalah perarakan 52 bendera oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Pekan Baru diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Lagu 1 Malaysia. Persembahan sajak patriotik dan tarian kebudayaan pelbagai kaum yang disampaikan oleh para pelajar dari sekolah dalam Daerah Kerian juga amat mengujakan. Para hadirin juga dihiburkan dengan kehadiran artis tempatan seperti penyanyi Farawahida, Riz AF6, Kumpulan Flava dan pelawak Angeline Tan serta Ramasundram.
Acara kemuncak sambutan ialah persembahan khas 1 Malaysia iaitu persembahan tarian yang dibawakan oleh Artis Budaya Selendang Perak. Persembahan ini juga diselangi dengan persembahan bunga api yang amat menarik menghiasi dan menerangi ruang angkasa Dataran Sungai Kerian.



Antara pengundi-pengundi Riz AF yang begitu teruja

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEGAWAI DAERAH KERIAN & KELAB PETANDA KERIAN TAHUN 2009/1430H

Parit Buntar, Isnin 12 oktober 2009 bertempat di perkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kerian telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang ditaja oleh Tuan Pegawai Daerah Kerian sendiri bersama-sama Kelab PETANDA KERIAN.
Majlis bermula pada jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Dengan dimulai bacaan doa, ucapan Tuan Pegawai Daerah Kerian dan seterusnya jamuan dimulakan. Antara menu yang tersedia dihidang adalah satey, char koey teow, murtabak, roti bom, nasi bukhari, mee sup, bihun sup, koey teow sup, lemang, ketupat rendang, laksa, cendul, kuih muih dan buah-buahan.Majlis berlangsung dengan penuh muhibbah dengan dihadiri setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan juga aliran politik.
Semoga majlis-majlis seperti ini dapat terus mengukuhkan hubungan sesama masyarakat di daerah Kerian amnya.Terima kasih diucapkan buat semua petugas-petugas yang telah bertukus lumus dalam menjayakan majlis tersebut termasuk penaja-penaja yang telah bermurah hati memberi sumbangan makanan.Berikut adalah sebahagian gambar yang diambil disekitar majlis yang berlangsung:-

























Selasa, 13 Oktober 2009

ANDA SUKA BERAMAL?

Satu lawatan sambil belajar akan diadakan ke Kampung Orang Asli dalam Daerah Sungai Siput. Antara aturcara lawatan tersebut ialah penyerahan sumbangan bantuan kepada penduduk kampung.

Ahli-ahli kelab yang berhajat untuk membuat sumbangan bolehlah berjumpa mana-mana AJK Biro Hal Ehwal Wanita untuk berbuat demikian. Bagi ahli yang ingin membuat sumbangan pakaian, dimaklumkan bahawa pakaian kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah amat dialu-alukan.

Sumbangan anda amat dihargai.Terima kasih.

* Tarikh lawatan akan diberitahu kelak.

Isnin, 12 Oktober 2009

IBADAH KORBAN TAHUN 1430H/ 2009M


Adalah dimaklumkan Kelab PETANDA Kerian bercadang untuk mengadakan ibadah korban secara berkumpulan (maksima 7 bahagian) dari kalangan ahli-ahli kelab bagi tahun 1430H/2009M.

Sehubungan dengan ini tuan/puan dipelawa untuk menyertai ibadah ini. Adalah dianggarkan kos yang perlu ditanggung lebih kurang RM350.00 setiap bahagian. Semua bayaran hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 15 November 2009.

Kepada ahli-ahli yang berhajat bolehlah mendaftarkan diri terus kepada AJK Kelab seperti berikut:-

Unit Pentadbiran: En.MOHD.NASIR B. MD.SALLEH
Pejabat Tanah: EN.AMIRUL RAZIF B. SALEH NORDIN
Unit Pembangunan: PUAN SALASIAH BINTI SULAIMAN

Rabu, 7 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA PEJABAT TANAH KERIAN & MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PESARAAN EN. MOKTAR

CC Mokhtar @ YB (Yang Bersara) bersama Tuan Pegawai Daerah.

Antara yang bekerja keras.

Tuan Haji Mad Dan memberikan kata-kata aluan.

Kak Siti orang kuat.

RABU 30 September 2009, bermula jam 3.30ptg bertempat di Pejabat Tanah Kerian dua majlis telah berlangsung serentak iaitu Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Pejabat Tanah Kerian dan juga Majlis Perpisahan Sempena Persaraan En.Moktar B. Abdul Samad. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pegawai Daerah Kerian iaitu En. Ismail Bin Hassan.

Dikesempatan itu En.Moktar telah berucap dan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau dalam pentadbiran kerajaan untuk selama 36 tahun.Syabas buat beliau dan segala khidmat curah bakti beliau dalam kerajaan selama ini akan tetap dikenang sampai bila-bila.Semoga beliau terus cemerlang dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini.Dengar cerita beliau agak mahir dalam alam cyber..

Berikut adalah biodata ringkas En.Moktar B.Abdul Samad:


JAWATAN AKHIR: PEMBANTU TADBIR (TERTINGGI) GRED N26

TARIKH LAHIR: 05.10.1953

TEMPAT LAHIR: PARIT HAJI WAHAB, TANJUNG PIANDANG, PERAK.

TARIKH LANTIKAN: 01.12.1973

TEMPOH PERKHIDMATAN: 01.12.1973-05.10.2009 (36 TAHUN)

PENGALAMAN:

1.12.1973-8.01.1975 -PEJABAT PERTANIAN KUALA KANGSAR

9.01.1975-30.11.1978-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

1.12.1978-30.11.1980-PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK, IPOH

1.12.1980-30.04.1999-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

1.05.1999-15.12.2006-PEJABAT JKR KERIAN, PARIT BUNTAR

16.12.2006-5.10.2009-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR