Isnin, 27 September 2010

JEMPUTAN KE JAMUAN HARI RAYA PEGAWAI DAERAH KERIAN BERSAMA KELAB PETANDA KERIAN


Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Daerah Kerian dengan kerjasama Kelab Petanda Kerian menjemput semua ahli Kelab Petanda dan penjawat awam Pejabat Daerah dan Tanah Kerian untuk menghadiri majlis Jamuan Hari Raya yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 01 Oktober 2010
Hari : Jumaat
Masa: 2.45 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Sri Kerian, Parit Buntar

Kehadiran tuan/puan pasti akan memeriahkan lagi majlis ini, InsyaAllah.

Selasa, 7 September 2010

SALAM AIDILFITRI



Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin

Ikhlas Daripada:

SELURUH WARGA PETANDA KERIAN

Jumaat, 16 Julai 2010

HARI KELUARGA KELAB PETANDA KERIAN 2010 & MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009




7.30pg-11.45pg.(Padang Bandaran)
Pendaftaran
Sukaneka
Cabutan bertuah

12.00tgh.-2.00ptg (Dewan Merdeka)
Penyampaian Anugerah perkhidmatan cemerlang, perkhidmatan terpuji,sijil kepada penjawat awam yang lulus periksa PTK & menerima anjakan gaji, penyampaian cenderahati kepada penjawat awam yang bersara, nyanyian karaoke.

2.15ptg-5.30ptg
Cabutan Bertuah
In-Door Game - Karom, Congkak & Dart (Dewan Merdeka)
Out-Door Game - Bola Sepak & Bola Jaring ( Padang Bandaran)
Penyampaian Hadiah.

Isnin, 12 Julai 2010

KEMBARA BUKIT SEMANGGOL 2010
















Bukit Semanggol, Sabtu 11 Julai 2010 program mendaki Bukit Semanggol telah pun dijalankan oleh Kelab PETANDA KERIAN dengan disertai 46 orang Ahli2 Kelab bersama keluarga ahli dan termasuk 5 orang penduduk tempatan yang bertindak sebagai jurupandu arah.

Aktiviti riadah bermula seawal jam 7.30pagi dengan berkumpul di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Gunong Semanggol. Aktiviti ini turut disertai Tuan Pegawai Daerah Kerian & juga Y.D.P Kelab PETANDA KERIAN.

Bukit Semanggol sebenarnya telah lama popular dikalangan kelab2 belia dan pelajar2 sekolah disekitar negeri Perak untuk aktiviti 'Jungle Tracking'. Jalan masuk bermula adalah melalui belakang Masjid An-Nur,Kg. Bukit Semanggol. Dan perjalanan pendakian mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Ketinggian puncak Bukit Semanggol adalah 1270 kaki dari aras laut.

Kembara pada hari tersebut berjalan lancar dengan berbagai faedah diperolehi seperti keakraban sesama ahli & keluarga, membina sifat sabar & peningkatan kesungguhan serta kerjasama, meningkatkan tahap kecergasan & stamina dan pelbagai hasil positif dapat diperolehi.

Dari atas puncak Bukit Semanggol tersebut dapat diimbaukan panorama topografi yang membentang luas bagaikan pandangan "Google-Earth'. Sawah2 padi, kolam2 arowana, Kolam Bukit Merah, aliran2 sungai,ciptajadi seperti Lebuhraya Utara-Selatan semuanya dapat dihayati dengan penuh mengasyikkan.

Pandangan yang dapat diperolehi adalah meliputi sebahagian besar Mukim Gunong Semanggol, Mukim Selinsing, Mukim Bagan Serai dan juga Daerah Larut Matang.

Semoga aktiviti Kembara ini akan dapat dijadikan acara berterusan buat Kelab PETANDA KERIAN dengan penerokaan bukit2 lain pula seperti Bukit Padang Ragut dan Bukit Merah.

Rabu, 2 Jun 2010

SENARAI NAMA KESELURUHAN KONTINJEN PETANDA KERIAN KEJOHANAN SUKAN DATO' PTG PERAK 2010




SENARAI NAMA KESELURUHAN KONTINJEN PETANDA KERIAN
KEJOHANAN SUKAN DATO' PTG PERAK 2010
(PADA 5&6 JUN 2010 DAN 18-20 JUN 2010)


KETUA KONTINJEN: TUAN HJ MAD DAN BIN HASSAN

BIL NAMA PEMAIN JAWATAN
1 SYAMSUL HAZEMAN BIN MD. SALLEH -CADO PLB
2 MUSTAFA BIN GHAZALI -PEG. PESAKA
3 NASIR BIN MD. SALLEH -EO
4 AHMAD LATHPI B HISHIM -PENGHULU
5 MOHD KHURSAINI BIN ABDUL MANAF -PEM. UNDANG2
6 SHARUL NIZAM BIN RAZALI -PENGHULU
7 MOHAMMAD BIN ESLAH -PENGHULU
8 AZHARI BIN HAKIM -KPPT(P)
9 MOHD ROSLAN BIN MOHD ALI -KPPT(T)
10 AMIRUL RAZIF B SALLEH NORDIN -PPT
11 NOOR HAMIZAN BIN HASNAN -PPT
12 MOHD TAJUDDIN BIN OTHMAN -PPT
13 MOHD AMIN BIN OSMAN -PPT
14 JUHARI BIN YANG -PPT
15 FADZIL BIN SUHAIMI -PT(P/O)
16 SAIFUL AZWAN B HUDRI -PT(P/O)
17 ABDUL RAZAK BIN AHMAD -JS
18 ROHAIZAM BIN MOHD YUSOFF -JS
19 ABDUL HAMID B SHAHADAN -P/NOTIS
20 SHAMSUDIN BIN SAAD -P/NOTIS
21 MUHAMAD AZAM BIN SULAIMAN -PEG. MSN
22 KHAIRUL MAZLY BIN BAHARUDDIN -PT(KEW)
23 SHAHRIL HAFIZI BIN BASHARUDIN -PT(KEW)
24 AHMAD SOFI BIN ZAINON -PT(KEW)
25 SHAIFUL RIDZUAN BIN ABDUL WAHAB -PAR
26 KHAIRIL ZAMAN BIN SHAARI -PAR
27 JAMALUDIN B JALI -PAR
28 MOHAMAD KHIRUL B ABD MANAN -PAR
29 SABARUDIN BIN MAT -PRA
30 MOHAMAD FUAD BIN ABDULLAH -PEMANDU
31 SUHAILI BIN HAMSAN -PEMANDU
32 HASNAN BIN HASSANUDIN -PEMANDU
33 MA'AMOR BIN NASRI -PEMANDU
34 ABDUL RASHID BIN MAT -PEMANDU
35 NOR AINI BINTI MOHD NORDIN -ADO
36 NORDIANA BT ABDUL LATIB -ADO
37 NOR AFIFAH BINTI NAIZAN -ADO
38 NORAFIZA BT ABU BAKAR -EO(DAERAH)
39 FIROZA BINTI KELIWON -EO(PLB)
40 NORZAHIDAH BT MOKHTAR -EO(PLB)
41 NOORIATUL HUDA BINTI ARBAIN -EO(TANAH)
42 SALASIAH BINTI SULAIMAN -KETUA PT(PLB)
43 HANIZA BINTI MAHAMUDDIN -KETUA PT(PO)
44 NORASIKIN BT MOHAMMAD -PEN. PEG. AKAUNTAN
45 NORLELA BINTI NYUB -PT(P/O)
46 NUR RAIHAN BINTI MAT SAAT -PT(P/O)
47 MARIAH BINTI MOKHTAR -PT(KEW)
48 ROKIAH BINTI HARUN -PT(KEW)
49 SITI HATIJAH BT IBRAHIM -PT(KEW)
50 KHAIRUNNISAA BT REDZUAN -PT(KEW)
51 IZAN HAYANI BINTI ABDUL AZIZ -JT(PLB)
52 AZELINA BT MASELAN -PESAKA
53 KATHERINE A/P INDRASITHRAH -PEG. P'HUBUNGAN

URUSETIA:
MIZAN : 012-4356260
DIN : 012-5840961 @ 017-5321563
AMIN : 019-5430052

Rabu, 19 Mei 2010

TAHNIAH BUAT AHLI2 KELAB PETANDA KERIAN YANG DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN & PINGAT



Tuan Haji Mad Dan B. Hassan menerima darjah PMP (DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK)



Pihak Kelab PETANDA Kerian merakamkan sekalung tahniah & sejambak penghargaan buat ahli2 kelab yang telah menerima Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Ulangtahun keputeraan D.Y.M.M Sultan Perak yang ke-82.

Istiadat Penganugerahan tersebut telah pun berlangsung di Istana Iskadariah, Kuala Kangsar pada 11 Mei 2010 dimana YDP Kelab PETANDA Kerian dan 3 orang lagi ahli Kelab PETANDA Kerian telah hadir menerima anugerah tersebut.

Penganugerahan ini adalah sebagai tanda diatas khidmat bakti dan jasa2 yang telah disumbangkan kepada negeri Perak khususnya & Malaysia amnya.

Mereka adalah:-


En. Ahmad Lutfi B. Abdul Aziz menerima Pingat PLP (PINGAT LAMA PERKHIDMATAN)






En. Faharil Za'aba B. Mahayudin menerima Pingat PPT (PINGAT PEKERTI TERPILIH)






En. Mohd. Radzi B. Hj. Ahmad Zahari menerima Pingat PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN)

Khamis, 13 Mei 2010

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU 2010







Nibong Tebal, 5 mei 2010 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna SPS telah berlangsungnya acara penutup Kejohanan Sukan 3 Penjuru Edisi 2010.Acara bermula pada jam 8.30 malam dengan dihadiri oleh semua atlit-atlit, pegawai-pegawai kejohanan, penjawat-penjawat awam bagi ketiga-tiga Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan, Pejabat Daerah & Tanah Kerian dan Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Puan Pegawai Daerah SPS iaitu Puan Hajah Rohani Bt. Hassan, Tuan Pegawai Daerah Kerian Tuan Haji Ismail B.Hassan, YDP Kelab Sukan & Sosial Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu Tuan Hj.Fadzil dan juga YDP Petanda Kerian Tuan Hj. Mad Dan B. Hassan.

Acara bermula dengan jamuan makan dan diikuti majlis penyampaian pingat-pingat kepada atlit-atlit yang mengambil bahagian. Pada majlis ini Kelab PETANDA Kerian telah dinobatkan sekali lagi buat kali kedua selaku juara keseluruhan iaitu 19 mata dimana SPS ditempat kedua dengan 18 mata dan Bandar Baharu tempat ke-3 dengan 11 mata.

Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu telah dipilih selaku tuan rumah bagi Kejohanan Sukan 3 Penjuru Edisi 2011 yang akan datang. Pihak Kelab Petanda Kerian mengucapkan syabas & ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan temasya ini. Semoga temasya ini akan terus unggul dan dapat dijadikan contoh pada kelab-kelab lain dalam membina keharmonian daerah2 yang bersempadan..






Selasa, 20 April 2010

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KELAB PETANDA KERIAN KALI KE-19 TAHUN 2010





SEMUA AHLI-AHLI KELAB PETANDA KERIAN

Tuan/puan,

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan merujuk kepada perkara, bahawa Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Petanda Kerian kali ke-19 akan diadakan seperti butiran.

TARIKH:29 APRIL 2010 (KHAMIS)
MASA:3.00 PETANG
TEMPAT:BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH KERIAN

Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dengan hormatnya di jemput hadir & harap tidak diuzurkan.

Daripada: SETIAUSAHA KELAB PETANDA KERIAN.

Khamis, 15 April 2010

SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BARU.







Pihak Kelab PETANDA Kerian merakamkan ucapan selamat maju jaya dan ucapan terima kasih yang tak terhingga diatas sumbangan mereka selama ini untuk kelab. 3 orang kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian yang bertukar adalah seperti berikut:-

1. PUAN NOR ASYIKIN BT. ATAN
-Bertukar ke Pej.Veteriner Daerah Kerian-20 April 2010

2. PUAN FAZILAH BT. MOHD. RASHID
-Bertukar ke Pej. JKR Taiping-20 April 2010

3. CIK SYAFIAH BT. AHMAD TASIR
-Bertukar ke Pej.S.U.K, Ipoh-20 April 2010

Selasa, 6 April 2010

LAWATAN D.Y.T.M RAJA MUDA PERAK & D.Y.T.M RAJA PUAN BESAR PERAK KE DAERAH KERIAN




Pada 26.03.2010 hari jumaat yang lalu. D.Y.T.M Raja Muda Perak & Raja Puan Besar telah berangkat mencemar duli mengadakan lawatan kerja ke Daerah Kerian.Keberangkatan baginda turut disertai bersama Dif-dif kehormat,VVIP dan juga VIP negeri Perak.Antara yang hadir adalah Menteri Besar Negeri Perak.Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,Mufti Negeri perak dan ramai lagi pemimpin tertinggi turut mengiringi.

Daerah Kerian amat beruntung dengan lawatan D.Y.T.M tersebut kerana banyak peruntukan dapat disalurkan dan juga program ini telah mendekatkan lagi rakyat dengan pimpinan atasan.

Berikut adalah program seharian D.Y.T.M di daerah Kerian:

JAM 9.30PAGI.- KETIBAAN DYTM RAJA MUDA PERAK
















JAM 10.00PAGI-TAKLIMAT PEMBANGUNAN DAERAH KERIAN DI BILIK GERAKAN PEJ.DAERAH & TANAH KERIAN














JAM 11.30PAGI-LAWATAN KE KAUNTER PEJABAT TANAH KERIAN & PEJABAT OBJ KERIAN.

















JAM 12.00TGH-2.00PTG - SANTAPAN DIRAJA DI DEWAN SERI KERIAN DAN SOLAT JUMAAT DI MASJID DAERAH KERIAN














3.00 PETANG-MAJLIS BERSAMA RAKYAT DI SEK.REN.(JENIS)KEB NAM HWA,TG.PIANDANG.























4.30 PETANG-LAWATAN KE PEJABAT MARITIM KUALA KURAU & TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR

















JAM 6.00 PETANG-BEBERANGKATAN PULANG D.Y.T.M RAJA MUDA PERAK & D.Y.T.M RAJA PUAN BESAR PERAK DENGAN HELIKOPTER DI SEK.MEN.BATU 14,KUALA KURAU.