Selasa, 22 Disember 2009

MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH PADA HARI KHAMIS 17 DISEMBER 2009 BERSAMAAN 30 ZULHIJJAH 1430H

PENGERUSI: EN. FIRDAUS FARID BIN ABD RASHID

PENTAZKIRAH: USTAZ SULAIMAN BIN ABDUL RAHIM
TAJUK TAZKIRAH: KEBERSIHAN ZAHIR & BATIN

PENGHULU: EN. SHAHRUL NIZAM BIN RAZALI.

SENARAI PENERIMA HADIAH HARI LAHIR BAGI BULAN NOVEMBER 2009:-

1. EN. MOHD. SHARIN NASRIDDI BIN MOHD. YUSOF
2. EN. SHAHRUL NIZAM BIN RAZALI
3. PUAN NOR HAFIZAH BT. MOHAMAD ADLI
4. EN. NOOR HAMIZAN BIN HASNAN
5. EN. MOHD. KHAIRIL ZAMAN BIN SHAARI
6. EN. SAIFUL AZWAN BIN HUDRI

SENARAI PENERIMA HADIAH HARI LAHIR BAGI BULAN DISEMBER 2009:-

1. EN. MUSTAFA BIN HARUN
2. EN. RODZI BIN TAHIR
3. EN. MOHD. RADZI BIN AHMAD ZAHARI
4. PUAN SELVAVATHY A/P RASIAH
5. EN. HAMZAH BIN MD. RASIDI
6. EN. AHMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM
7. PUAN SITI JAMEAH BT. IBRAHIM

SENARAI PENERIMA MAN OF THE MONTH (SEPTEMBER - OKTOBER 2009):-

1. EN. MOHAMMAD FUAD BIN ABDULLAH
(BAH. KHIDMAT PENGURUSAN)

2. PUAN ROKIAH BT. HARUN
(UNIT TANAH)

3. EN. MOHD. KHAIRIL ZAMAN BIN SHAARI
(UNIT PLB)







Rabu, 16 Disember 2009

KENDURI SANA SINI

Sempena cuti panjang persekolahan ni, maka banyaklah jemputan kenduri yang tak henti-henti. Tak kurang juga dengan ahli kelab PETANDA yang mengambil kesempatan ini untuk berkahwin.Ada yang baru ada yang otai.

Maka Kelab PETANDA amat berbesar hati dengan ucapan tahniah kepada yang beristeri, bersuami, menerima menantu dan juga yang dapat ipar duai. Buat semua ahli kelab yang terlibat mahupun bekas ahli kelab diucapkan semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat dan hidup sentiasa dirahmati Allah jua.

Berikut adalah pengantin baru kita:

1. ROKIAH BT. HARUN dengan IDRIS B. ISHAK
Telah melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu (5.12.2009) bertempat di F 25, JLN. BATAS MENTERI, SG. BAKAU, PARIT BUNTAR, PERAK.

2. AZNUR FIRDAUS B. MOHD. KASSIM dengan INTAN SALMAH BT. JAAFAR
Akan melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad (20.12.2009) bertempat di No.1, JLN. KADARIA, TMN. SERI SERAI, BG. SERAI, PERAK.

3. MUHAMMAD KHAIRIL ZAMAN B. SHAARI dengan NOR AZURA BT. ABD. RANI
Akan melangsungkan perkahwinan pada hari ahad (27.12.2009) bertempat di NO.11, KG. PADANG BESAR, CHANGKAT JERING, TAIPING, PERAK.

Berikut pula adalah yang telah dan akan menerima menantu dan ipar:

1. Puan Salasiah Bt Sulaiman menerima menantu dan telah mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada hari ahad (29.11.2009) bertempat di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar, Perak.

2. En. Syamsul Hazeman B. Hj. Md. Salleh bakal menerima adik ipar dan akan mengadakan majlis pada hari sabtu (19.12.2009) bertempat di No.23, Tmn. Intan, Jln. Hj. Mohd. Ali, Sitiawan, Perak.

3.Puan Zainah Bt. Saidi bakal menerima adik ipar dan akan mengadakan majlis pada hari sabtu (19.12.2009) bertempat di No.184, Jln. Kg. Perak Lama, Batu Kurau, Perak.

Tak lupa juga buat bekas ahli kelab PETANDA Kerian:

1. Muhammad Nazri B. Abdullah (Bekas Pen.Peg.Daerah-Tanah) yang telah pun melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Kamalia Bt. Abdul Ghani pada 5.12.2009 bertempat di Dewan Insan, Perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

2. Haji Mohd. Amran B. Hj. Shariff (Bekas Juruteknik PLB) yang akan menerima menantu sulung pada 19.12.2009 bertempat di F73A, Kg. Sg. Tepus, Parit Nibong, Bandar Baharu, Kedah.

Buat semua yang akan menghadiri majlis2 tersebut, rancanglah perjalanan anda dan berhati-hati di jalan raya. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.





Jumaat, 30 Oktober 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MENENTANG PEJ.PENDIDIKAN DAERAH KERIAN

Sukacita dimaklumkan Kelab PETANDA Kerian telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persehabatan tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

TARIKH: 2 NOVEMBER 2009

MASA: 5.15 PETANG

TEMPAT: PADANG MAJLIS DAERAH KERIAN

BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PEMAIN YANG AKAN MEWAKILI KELAB:-

1. EN. SYAMSUL HAZEMAN B. MD. SALLEH

2. EN. FIRDAUS FARID B. ABD RASHID

3. EN. MOHD. ROSLAN B. MOHD. ALI

4. EN. KHAIRUL MAZLI B. BAHRUDIN

5. EN. FADZIL B. SUHAIMI

6. EN. NOOR HAMIZAN B. HASNAN

7. EN. JUHARI B. YANG

8. EN. MOHD. TAJUDDIN B. OTHMAN

9. EN. MOHD. FADIL B. MAT ARIS

10. EN. SHAIFUL RIDZUAN B. ABDUL WAHAB

11. EN. SHAHRIL HAFIZI B. BASHARUDIN

12. EN. ABD. RAZAK B. AHMAD

13. EN. SAIFUL AZWAN B. HUDRI

14. EN. MOHD. KHAIRIL ZAMAN B. SHAARI

15. EN. MALEK B. NOH

16. EN. MOHAMED B. ESLAH

17. EN. AZNUR FIRDAUS B. MOHD. KASSIM

18. EN. MOHAMAD FUAD B. ABDULLAH

19. EN. SHAMSUDIN B. SAAD

20. EN. MOHD. KHURSAINI B. ABDUL MANAF




Rabu, 14 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK MERIAH

Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar yang menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Perak pada malam Sabtu (10.10.2009) bertukar wajah menjadi lautan yang dipenuhi bendera dan penari yang berpakaian berwarna-warni sebagai tanda bermulanya sambutan Hari Malaysia di sini.
Kira-kira 1000 orang membanjiri Dataran Sungai Kerian untuk menyaksikan persembahan yang penuh gilang-gemilang yang turut dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan menggambarkan konsep 1 Malaysia serta melambangkan kepelbagaian kaum di negara ini yang hidup secara harmoni, aman, makmur dan bersatu padu.
Majlis sambutan bermula sebaik sahaja YB Dato’ Abd. Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang mewakili YAB menteri Besar Perak selesai menyampaikan ucapannya. Sebelum itu Tuan Ismail bin Hasan, Pegawai Daerah Kerian juga telah memberikan ucapan aluan mewakili YB Dato’ Hamidah bt. Osman, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Sham bin Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu.
Antara acara menarik pada malam tersebut adalah perarakan 52 bendera oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Pekan Baru diikuti upacara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Lagu 1 Malaysia. Persembahan sajak patriotik dan tarian kebudayaan pelbagai kaum yang disampaikan oleh para pelajar dari sekolah dalam Daerah Kerian juga amat mengujakan. Para hadirin juga dihiburkan dengan kehadiran artis tempatan seperti penyanyi Farawahida, Riz AF6, Kumpulan Flava dan pelawak Angeline Tan serta Ramasundram.
Acara kemuncak sambutan ialah persembahan khas 1 Malaysia iaitu persembahan tarian yang dibawakan oleh Artis Budaya Selendang Perak. Persembahan ini juga diselangi dengan persembahan bunga api yang amat menarik menghiasi dan menerangi ruang angkasa Dataran Sungai Kerian.



Antara pengundi-pengundi Riz AF yang begitu teruja

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEGAWAI DAERAH KERIAN & KELAB PETANDA KERIAN TAHUN 2009/1430H

Parit Buntar, Isnin 12 oktober 2009 bertempat di perkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kerian telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang ditaja oleh Tuan Pegawai Daerah Kerian sendiri bersama-sama Kelab PETANDA KERIAN.
Majlis bermula pada jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Dengan dimulai bacaan doa, ucapan Tuan Pegawai Daerah Kerian dan seterusnya jamuan dimulakan. Antara menu yang tersedia dihidang adalah satey, char koey teow, murtabak, roti bom, nasi bukhari, mee sup, bihun sup, koey teow sup, lemang, ketupat rendang, laksa, cendul, kuih muih dan buah-buahan.Majlis berlangsung dengan penuh muhibbah dengan dihadiri setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan juga aliran politik.
Semoga majlis-majlis seperti ini dapat terus mengukuhkan hubungan sesama masyarakat di daerah Kerian amnya.Terima kasih diucapkan buat semua petugas-petugas yang telah bertukus lumus dalam menjayakan majlis tersebut termasuk penaja-penaja yang telah bermurah hati memberi sumbangan makanan.Berikut adalah sebahagian gambar yang diambil disekitar majlis yang berlangsung:-

























Selasa, 13 Oktober 2009

ANDA SUKA BERAMAL?

Satu lawatan sambil belajar akan diadakan ke Kampung Orang Asli dalam Daerah Sungai Siput. Antara aturcara lawatan tersebut ialah penyerahan sumbangan bantuan kepada penduduk kampung.

Ahli-ahli kelab yang berhajat untuk membuat sumbangan bolehlah berjumpa mana-mana AJK Biro Hal Ehwal Wanita untuk berbuat demikian. Bagi ahli yang ingin membuat sumbangan pakaian, dimaklumkan bahawa pakaian kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah amat dialu-alukan.

Sumbangan anda amat dihargai.Terima kasih.

* Tarikh lawatan akan diberitahu kelak.

Isnin, 12 Oktober 2009

IBADAH KORBAN TAHUN 1430H/ 2009M


Adalah dimaklumkan Kelab PETANDA Kerian bercadang untuk mengadakan ibadah korban secara berkumpulan (maksima 7 bahagian) dari kalangan ahli-ahli kelab bagi tahun 1430H/2009M.

Sehubungan dengan ini tuan/puan dipelawa untuk menyertai ibadah ini. Adalah dianggarkan kos yang perlu ditanggung lebih kurang RM350.00 setiap bahagian. Semua bayaran hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 15 November 2009.

Kepada ahli-ahli yang berhajat bolehlah mendaftarkan diri terus kepada AJK Kelab seperti berikut:-

Unit Pentadbiran: En.MOHD.NASIR B. MD.SALLEH
Pejabat Tanah: EN.AMIRUL RAZIF B. SALEH NORDIN
Unit Pembangunan: PUAN SALASIAH BINTI SULAIMAN

Rabu, 7 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA PEJABAT TANAH KERIAN & MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PESARAAN EN. MOKTAR

CC Mokhtar @ YB (Yang Bersara) bersama Tuan Pegawai Daerah.

Antara yang bekerja keras.

Tuan Haji Mad Dan memberikan kata-kata aluan.

Kak Siti orang kuat.

RABU 30 September 2009, bermula jam 3.30ptg bertempat di Pejabat Tanah Kerian dua majlis telah berlangsung serentak iaitu Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Pejabat Tanah Kerian dan juga Majlis Perpisahan Sempena Persaraan En.Moktar B. Abdul Samad. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pegawai Daerah Kerian iaitu En. Ismail Bin Hassan.

Dikesempatan itu En.Moktar telah berucap dan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau dalam pentadbiran kerajaan untuk selama 36 tahun.Syabas buat beliau dan segala khidmat curah bakti beliau dalam kerajaan selama ini akan tetap dikenang sampai bila-bila.Semoga beliau terus cemerlang dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini.Dengar cerita beliau agak mahir dalam alam cyber..

Berikut adalah biodata ringkas En.Moktar B.Abdul Samad:


JAWATAN AKHIR: PEMBANTU TADBIR (TERTINGGI) GRED N26

TARIKH LAHIR: 05.10.1953

TEMPAT LAHIR: PARIT HAJI WAHAB, TANJUNG PIANDANG, PERAK.

TARIKH LANTIKAN: 01.12.1973

TEMPOH PERKHIDMATAN: 01.12.1973-05.10.2009 (36 TAHUN)

PENGALAMAN:

1.12.1973-8.01.1975 -PEJABAT PERTANIAN KUALA KANGSAR

9.01.1975-30.11.1978-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

1.12.1978-30.11.1980-PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK, IPOH

1.12.1980-30.04.1999-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

1.05.1999-15.12.2006-PEJABAT JKR KERIAN, PARIT BUNTAR

16.12.2006-5.10.2009-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

Selasa, 15 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENGISIAN DI BULAN RAMADHAN.






Isnin 14 september 2009, bertempat di perkarangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa anjuran Kelab PETANDA KERIAN. Majlis tersebut bermula pada jam 6.45 ptg. dengan dihadiri oleh kira-kira 100 orang yang terdiri daripada ahli kelab beserta keluarga.


Majlis berbuka puasa ini diadakan bagi memupuk tali silaturrahim sesama ahli di samping pengisian perkara-perkara yang mendapat keberkatan dan pahala di bulan Ramadhan. Tahlil, solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diikuti solat tarawih mengambil tempat dan tazkirah di akhir majlis.


Tajuk tazkirah pada malam tersebut adalah Kelebihan di Malam-malam Akhir Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Abu Naim. Banyak ilmu yang diperolehi dari tazkirah yang telah disampaikan.


Seperti biasa, majlis berakhir dengan pemakanan tradisi masyarakat Kerian iaitu makan kerang. Kerang pada malam itu didatangkan khas dari Bagan Tiang yang sememangnya cukup terkenal di daerah ini.


PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK PETANDA KERIAN










Saudara Suhaili,
Chef De Mission Buboq Lambok Petanda Kerian














Kegembiraan Makmor menerima bubur lambuk.















Ahli PETANDA KERIAN sentiasa bersatu padu dalam semua bidang.











Bubur lambuk PETANDA yang digilai ramai.











Isnin 14 September 2009, bertempat di Pejabat Daerah & Tanah Kerian telah berlangsungnya Majlis gotong royong menyediakan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan Al-Mubarrak. Gotong royong tersebut bermula jam 10.00 pagi dengan kerjasama erat dari wakil-wakil setiap unit dan bahagian.

Kali ini ketua Chef masakan adalah En.Sohaili B.Hamsan. Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk berjaya diedarkan kepada seluruh warga PETANDA KERIAN termasuk juga anggota masyarakat Kerian di kawasan sekitar. Pengagihan bubur lambuk ini juga merupakan tradisi Kelab yang telah bertahun-tahun diadakan.

Sebelum ini juga Pihak Kelab PETANDA KERIAN telah pun selesai mengedarkan kurma buat semua ahli kelab di awal bulan Ramadhan. Semoga program-program berkebajikan ini akan terus hidup di masa-masa mendatang.




Selasa, 8 September 2009

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEMPENA RAMADHAN


Sebagaimana dicatatkan dalam posting sebelum ini, program penyerahan bantuan kepada fakir miskin di Daerah Kerian telah berjaya dijalankan pada 2 dan 3 September 2009.

Program ini adalah kerjasama di antara Kelab Petanda, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, KEMAS Daerah Kerian dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu.

Sebanyak 27 keluarga dari Mukim Selinsing, Gunong Semanggol dan Beriah telah menerima sumbangan tersebut. Pada hari kedua pihak YB Alor Pongsu dan Tuan Pegawai Daerah Kerian juga telah sudi meluangkan masa menyampaikan bantuan.
Bantuan yang disampaikan pada hari tersebut adalah berupa makanan, pakaian dan wang tunai. Sumbangan ini disampaikan dari rumah ke rumah kepada mereka yang telah dikenalpasti terlebih dahulu dengan bantuan pihak ketua kampung dan KEMAS Daerah.

Turut hadir ialah Tuan Hj. Mad Dan bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian merangkap YDP Kelab Petanda Kerian, Pegawai KEMAS Daerah dan kakitangan, Encik Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Penolong Pegawai Daerah Kerian (Pembangunan), En. Firdaus Farid bin Abd Rashid, Penolong Pegawai Daerah Kerian (Tanah), Ketua-ketua Kampung berkenaan dan AJK Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) serta ahli Kelab Petanda Kerian.
Bagi penduduk di Kawasan Parlimen Parit Buntar pula, program penyerahan bantuan ini akan diadakan pada 10 September 2009.
Pihak Kelab Petanda Kerian, merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan usaha dan kerja keras anda. Semoga diberkati Allah SWT.

Rabu, 2 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB PETANDA KERIAN

Satu majlis berbuka puasa anjuran Kelab Petanda Kerian akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14 September 2009 (24 Ramadhan 1430)
Hari : Isnin
Masa : 6.45 petang

Semua ahli kelab dan keluarga adalah dijemput hadir. Sila dapatkan surat makluman, aturcara majlis dan borang pengesahan kehadiran daripada Pengerusi atau AJK Biro Kebajikan di unit anda. Terima kasih.

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PEJABAT DAERAH & TANAH KERIAN

Parit Buntar, Selasa, 1 september 2009 bertempat di Dewan Serbaguna dan perkarangan Masjid Daerah Kerian telah diadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Daerah & Tanah Kerian dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar.
Majlis berbuka puasa ini turut diserikan dengan kehadiran tuan Pegawai Daerah Kerian iaitu tuan Ismail B. Hasssan. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Mad Dan B.Hassan (Ketua Penolong Pegawai Daerah-Tanah Kerian), Penghulu-penghulu Mukim dan kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian.
Majlis berbuka puasa ini dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat dikemudikan oleh Imam Tuan Haji Abdul Wahab B. Arshad dan Imam Tuan Haji Harun. Bacaan tahill dan doa selamat ini turut di aminkan oleh hampir 120 orang hadirin.Majlis berbuka puasa ini menempatkan muslimin di dalam Dewan Serbaguna Masjid dan muslimat dibawah khemah di perkarangan masjid.
Hidangan nasi beriyani dan lauk-pauk yang lazat menjadi juadah hadirin berbuka puasa. Majlis diakhiri dengan solat Magrib secara berjemaah.

Jumaat, 28 Ogos 2009

HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN

Kesusahan dan penderitaan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya di Daerah Kerian mendapat perhatian ahli-ahli Kelab Petanda terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, melalui Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) satu kempen sumbangan pakaian baru dan terpakai telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini. Pengerusinya, Puan Noor Liza bt. Mohd. Sohaili memaklumkan bahawa, setakat ini sambutan yang diberikan ahli kelab amat memberangsangkan. Banyak pakaian telahpun diterima dan sedang dalam proses pembungkusan. Kerja-kerja pengasingan dan membungkus pakaian peringkat pertama telah dijalankan oleh AJK HAWA dan para sukarelawan bertempat di Pejabat Tanah Kerian.

Pihak Kelab melalui HAWA akan bekerjasama dengan pihak KEMAS Daerah Kerian bagi membuat pengagihan tersebut. Hingga kini sebanyak 44 buah keluarga dari semua mukim dalam daerah ini telah dikenalpasti. Dimaklumkan pakaian-pakaian ini akan diagihkan kepada mereka dalam satu majlis khas yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Kepada ahli-ahli kelab yang penyayang dan prihatin, diucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan anda. Mudah-mudahan ia akan dibalas sebaik-baiknya oleh Allah SWT. Dan kepada ahli kelab yang ingin menyumbang, anda masih boleh berbuat demikian kepada mana-mana AJK HAWA. Sumbangan anda dalam apa jua bentuk amat dialu-alukan. Semoga Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang ini memberi sinar kebahagian buat mereka.




kerja-kerja pembungkusan sedang giat dijalankan