Rabu, 2 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PEJABAT DAERAH & TANAH KERIAN

Parit Buntar, Selasa, 1 september 2009 bertempat di Dewan Serbaguna dan perkarangan Masjid Daerah Kerian telah diadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Daerah & Tanah Kerian dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar.
Majlis berbuka puasa ini turut diserikan dengan kehadiran tuan Pegawai Daerah Kerian iaitu tuan Ismail B. Hasssan. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Mad Dan B.Hassan (Ketua Penolong Pegawai Daerah-Tanah Kerian), Penghulu-penghulu Mukim dan kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian.
Majlis berbuka puasa ini dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat dikemudikan oleh Imam Tuan Haji Abdul Wahab B. Arshad dan Imam Tuan Haji Harun. Bacaan tahill dan doa selamat ini turut di aminkan oleh hampir 120 orang hadirin.Majlis berbuka puasa ini menempatkan muslimin di dalam Dewan Serbaguna Masjid dan muslimat dibawah khemah di perkarangan masjid.
Hidangan nasi beriyani dan lauk-pauk yang lazat menjadi juadah hadirin berbuka puasa. Majlis diakhiri dengan solat Magrib secara berjemaah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan