Selasa, 8 September 2009

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEMPENA RAMADHAN


Sebagaimana dicatatkan dalam posting sebelum ini, program penyerahan bantuan kepada fakir miskin di Daerah Kerian telah berjaya dijalankan pada 2 dan 3 September 2009.

Program ini adalah kerjasama di antara Kelab Petanda, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, KEMAS Daerah Kerian dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu.

Sebanyak 27 keluarga dari Mukim Selinsing, Gunong Semanggol dan Beriah telah menerima sumbangan tersebut. Pada hari kedua pihak YB Alor Pongsu dan Tuan Pegawai Daerah Kerian juga telah sudi meluangkan masa menyampaikan bantuan.
Bantuan yang disampaikan pada hari tersebut adalah berupa makanan, pakaian dan wang tunai. Sumbangan ini disampaikan dari rumah ke rumah kepada mereka yang telah dikenalpasti terlebih dahulu dengan bantuan pihak ketua kampung dan KEMAS Daerah.

Turut hadir ialah Tuan Hj. Mad Dan bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian merangkap YDP Kelab Petanda Kerian, Pegawai KEMAS Daerah dan kakitangan, Encik Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Penolong Pegawai Daerah Kerian (Pembangunan), En. Firdaus Farid bin Abd Rashid, Penolong Pegawai Daerah Kerian (Tanah), Ketua-ketua Kampung berkenaan dan AJK Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) serta ahli Kelab Petanda Kerian.
Bagi penduduk di Kawasan Parlimen Parit Buntar pula, program penyerahan bantuan ini akan diadakan pada 10 September 2009.
Pihak Kelab Petanda Kerian, merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan usaha dan kerja keras anda. Semoga diberkati Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan