Selasa, 15 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENGISIAN DI BULAN RAMADHAN.






Isnin 14 september 2009, bertempat di perkarangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa anjuran Kelab PETANDA KERIAN. Majlis tersebut bermula pada jam 6.45 ptg. dengan dihadiri oleh kira-kira 100 orang yang terdiri daripada ahli kelab beserta keluarga.


Majlis berbuka puasa ini diadakan bagi memupuk tali silaturrahim sesama ahli di samping pengisian perkara-perkara yang mendapat keberkatan dan pahala di bulan Ramadhan. Tahlil, solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diikuti solat tarawih mengambil tempat dan tazkirah di akhir majlis.


Tajuk tazkirah pada malam tersebut adalah Kelebihan di Malam-malam Akhir Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Abu Naim. Banyak ilmu yang diperolehi dari tazkirah yang telah disampaikan.


Seperti biasa, majlis berakhir dengan pemakanan tradisi masyarakat Kerian iaitu makan kerang. Kerang pada malam itu didatangkan khas dari Bagan Tiang yang sememangnya cukup terkenal di daerah ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan