Khamis, 14 April 2011

OPERASI CINCANG TANAMAN HARAM











Khamis 14 April 2011, bertempat di Batu 7, Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah telah diadakan operasi secara bersepadu melibatkan 9 agensi penguatkuasa yang terdiri daripada Pejabat Tanah Kerian, Pejabat Tanah & Galian Negeri, Pejabat Tanah Larut Matang, JUPEM Taiping, I.A.D.A, JPS, JKR, PDRM dan RELA. Jumlah kekuatan anggota seramai 100 orang.

Operasi bermula jam 8.00pagi sehingga 11.00pagi melibatkan kerja-kerja memusnahkan tanaman kelapa sawit, pisang, limau dan betik yang ditanam secara haram di atas tanah kerajaan seluas 60 ekar yang juga akan dibangunkan kerajaan dengan Projek Rancangan Perkampungan Tersusun.

Operasi diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Firdaus Farid B. Abd Rashid. Beliau memaklumkan pernerokaan haram ini telah dikesan sejak 2-3 tahun lagi dan beberapa siri operasi memusnahkan tanaman dan kerja-kerja menampal notis telah dilaksanakan namun pihak peneroka haram masih meneruskan kerja-kerja penerokaan hingga keluasan penerokaan haram kian meluas.

Dari segi seksyen 48 Kanun Tanah Negara 1965 menyatakan 'Tiada Pemilikan Menentang Terhadap Kerajaan' yang bermaksud seseorang tidak boleh meneroka secara haram untuk memperolehi hakmilik. Justeru itu beliau menasihatkan sebarang urusan jual beli tanah perlulah melalui prosedur yang sah dan rujukan kepada mana-mana Pejabat Tanah terlebih dahulu bagi sebarang urusan tanah.

Operasi memusnahkan tanaman ini adalah bertepatan dengan seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang juga menjamin keadilan bagi permohonan menerusi saluran yang sah dan juga bagi mengekang aktiviti sindiket penjualan ke atas tanah-tanah kerajaan.