Khamis, 28 Mei 2009

CERITA BOLA

Pagi tadi semua orang tahu, ManUtd kalah dengan Barcelona, 2-0. Mungkin ramai yang kecewa, dan lagi ramai yang sorak bagai nak rak... Biasala tu, adat. Kalah menang tu perkara biasa. Dengar-dengar cerita, ada jugak ahli kelab Petanda jadi kaya pasal game pagi tadi... Terima kasih pasal belanja sarapan pagi. Pada yang kalah tu, anggap sajalah, kita belanja kawan yang menang tu.

Tapi yang paling musykil sekali, ada sorang mamat ni (dah tentu ahli kelab Petanda) yang kecewa lebih dari semua orang. Katanya, dia dah laburkan beribu ringgit sebab nak tunjukkan sokongan dia pada ManUtd. Tengokla gambar dia kat bawah ni. Rasanya penyokong 'kipas susah mati' ManUtd yang lain pun tak termampu nak buat macam dia ni, tapi dia boleh buat. Itu lah Sepoi 'Rimau'.

Kenangan Sepoi masa kat Old Trafford. Ni la yang dipanggil penyokong 'kipas susah mati' (die hard fan).

Rabu, 27 Mei 2009

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL BIRO AGAMA

PENGERUSI:
AHMAD LATHPI BIN HISHIM

SETIAUSAHA:
AHMAD SABKI BIN OTHMAN

AJK:
MOKHTAR BIN ABD. SAMAD
ABD. SAMAD BIN AWANG
SYAIPOL AMIN BIN HASSAN
NOR KHIRIAH BT. ABDULLAH
SITI JAMEAH BT. IBRAHIM


Selamat berkhidmat demi bangsa,agama & negara.

AL-FATIHAH


Salah seorang bekas ahli kelab Petanda Kerian untuk selama lebih 30 tahun yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Luar Pej. Daerah & Tanah Kerian telah pun meninggal dunia pada jam 6.30 petang, 26.05.2009(selasa). Beliau adalah Allahyarham Mohd. Rafaiee B. Jelani yang beralamat di Taman Kerian Permai. Marilah kita bersama-sama membaca Al-Fatihah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang2 yang soleh.

Selasa, 26 Mei 2009

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL BIRO HAL EHWAL WANITA (HAWA)-TERKINI

Pengerusi:
Noor Liza Bt. Mohd. Sohaili
Timbalan Pengerusi:
Rokiah Bt. Harun
Bendahari:
Ratha a/p Annamallay
Setiausaha:
Zarina bt. Mohamad Joki

AJK:
Izan Hayani bt Abd. Aziz
Noor Hidayah bt. Ismail
Khairun Nesha bt. Mohamed Noor

Selamat berjuang dalam mempertahankan hak2 wanita dalam kelab mahupun luar kelab.

TENPIN BOWLING... JUARA BARU!

Selepas sekian lama kejohanan tenpin bowling diungguli oleh Tuan Haji Mad Dan, akhirnya selepas lima bulan, beliau tumbang juga. Juara baru kali ini adalah En. Syam (Naib YDP1) yang tidak disangka-sangka telah mengungguli carta bulan Mei (macam Carta Era pulak). Nampaknya usaha menemui 'bomoh siam' di tingkat 2, Megamall membuahkan hasil.

Kejohanan kali ini mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran lebih 40 orang ahli kelab yang mengambil bahagian. Turut serta dalam kejohanan kali ini adalah Ahli Bersekutu dari Pejabat Pesaka Kecil yang menghantar 5 orang ahli untuk mencabar. Sayangnya, belum seorang pun yang menduduki carta utama.

Penganjur kali ini juga telah membahagikan kejuaraan kepada dua divisyen iaitu A dan B, bagi pemain yang menduduki tangga pertama hingga sepuluh, akan masuk ke Divisyen A dan selebihnya dalam Divisyen B. Untuk kejohanan akan datang, 10 orang dari Div. A ditambah 2 pemenang utama Div. B akan bermain dalam Div. A dan selebihnya dalam Div. B. sebagai cabaran, semakin lama anda berada dalam Div. B, maka anda akan dianggap 'tangan senduk'.


Gaya High Scorer... 193 jatuhan pin... tapi ada dakwaan kata nampak lembaga aneh di hujung lane tolong tolakkan pin Fadil malam tu.

Hati panas... mesti bakar lagi...

Wakil wanita... muka2 biasa... mana lagi yang lain?

Akhirnya kecundang jua... Bocor lantai tu Tuan Haji renung...

Lane Rohaizam dan Mizan, khabarnya komputer lane tu rosak... sebab tu score depa tinggi...

"Betui ka score hangpa ni? Macam karut ja?" tanya Sepoi. "Tak tau la, kami pun kompius ni," jawab Mizan.

Gaya juara baru... sahih ada 'pakai' apa-apa ni... Mesti la ada, pakai bola dengan kasut baru...

Yang pasti, semua balik tanpa tangan kosong. Tetap berisi, boleh la tunjuk kat anak bini yang abang ni bukanlah senduk sangat. Bulan depan boleh main lagi.

MAJLIS PERASMIAN BLOG DAN BULETIN PETANDA

Akhirnya, tanggal 22 Mei yang lalu, blog Kelab Petanda Kerian dan Buletin Petanda Kerian telah dilancarkan oleh Tuan Pegawai Daerah Kerian yang diwakili oleh Penolong Pegawai Daerah (Pem), En. Syamsul Hazeman bin Md. Salleh. Majlis ini tidak dapat dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah dan YDP Kelab kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis telah dilangsungkan selepas Majlis Bacaan Yaasin dan Tazkirah anjuran Biro Agama. Turut diadakan adalah Majlis Penyampaian Hadiah Hari Lahir oleh Biro Kebajikan sempena ulang tahun kelahiran ahli-ahli kelab sepanjang bulan Januari hingga Mei. Penghargaan juga diucapkan kepada AJK Biro Penerbitan yang bertungkus-lumus menyediakan 'slide' pelancaran pada hari tersebut.

Antara ahli yang hadir dalam program tersebut.

Penerima hadiah hari lahir.

Pelancaran disempurnakan oleh Naib YDP1 disaksikan oleh Pn. Anita, Naib YDP2 dan Encik Amirul, Pengerusi Biro Penerbitan.

Selamat membaca!

Khamis, 21 Mei 2009

BLOG KELAB PETANDA KERIAN DIRASMIKAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani


Terima kasih diucapkan kepada
Penasihat Kelab Petanda Kerian,
Tuan Ismail bin Hasan diatas kesudian merasmikan blog ini.


Kepada ahli-ahli kelab, diharapkan dapat menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin.

SELAMAT MAJU JAYA
kepada

KELAB PETANDA KERIAN

Rabu, 20 Mei 2009

PETANDA KERIAN MENANG LAGI...

Petanda Kerian mencatatkan kemenangan dalam perlawanan persahabatan badminton menentang LAP (Wilayah Barat) dengan keputusan 4 bergu menang dan 3 bergu lagi seri. Mungkin agak pelik, tetapi dalam perlawanan semalam, keputusan berdasarkan 'best of two', iaitu setiap perlawanan hanya bermain dua set, jika terikat 1-1, maka keputusan diisytiharkan seri.

Namun demikian, tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah menunjukkan permainan yang bersemangat.

Isnin, 18 Mei 2009

KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERTUTUP - BULAN MEI

Satu Kejohanan Tenpin Bowling Tertutup Pejabat Daerah & Tanah Kerian akan diadakan seperti poster di atas. Selamat Maju Jaya pada semua.

Jumaat, 15 Mei 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN - BADMINTON


Para pemain yang telah ditetapkan diharap dapat memberikan tentangan kepada pasukan LAP. Selamat Maju Jaya.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL BIRO SUKAN DAN REKREASI


Sukan dan rekreasi:


Pengerusi:
Mohamad Azam bin Sulaiman
Timb. Pengerusi:
Noorhamizan bin Hasnan
Setiausaha:
Mohd. Tajudin bin Othman
AJK:
Azhari bin Hakim
Salasiah bt. Sulaiman
Juhari bin Yang
Khairul Mazly bin Bahrudin
Norlela bt. Nyub
Aznur Firdaus bin Mohd. Kasim
Khairil Zaman bin Shaari
Maamor bin Mohd. Nasri

Semoga ahli yang dipilih ini akan dapat membantu kelab melahirkan ahli yang sihat, cergas dan cerdas mindanya. Semoga berjaya.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL BIRO PENERBITAN

Berikut adalah senarai penuh AJK yang dilantik untuk menggerakkan Biro Penerbitan, Kelab PETANDA Kerian:

Pengerusi:
Amirul Razif Bin Saleh Nordin

Timb. Pengerusi:
Mohd. Haniff bin Ismail

AJK :
Mohd. Fadil bin Mat Aris
Shahril Hafizi bin Basharuddin
Noorhamizan bin Hasnan
Mohd. Riazal bin Hamid
Mohd. Amin bin Osman
Norulhudah bt. Husain
Siti Jameah bt. Ibrahim

Semoga anda dapat menjalankan tugas sebaik mungkin dengan penuh keikhlasan dan jujur.

Rabu, 13 Mei 2009

KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERTUTUP PETANDA KERIAN

Pada bulan April yang lalu, telah berlangsung satu lagi Kejohanan Bowling Tertutup Pejabat Daerah & Tanah Kerian yang diterajui oleh YDP sendiri. Kejohanan ini merupakan kejohanan kali keempat untuk tahun 2009 yang dijadualkan akan berlangsung setiap bulan di Megamall, Seberang Jaya.
Kejohanan kali ini menampilkan lebih dari 30 penyertaan yang terdiri daripada ahli-ahli kelab sendiri yang dilihat semakin bersemangat dan berkobar-kobar setiap kali menjelangnya hari kejohanan. Hasil tinjauan, majoriti ahli kelab telah mempunyai bola bowling sendiri setelah mendapati diri masing-masing mempunyai bakat yang sekian lama terpendam.

Gaya Tuan Pegawai Daerah,
masih berusaha membiasakan diri dengan bola baru.



Sehingga kini, dilaporkan tauke ‘pro-shop’ di Tingkat 2, Megamall iaitu Mr. Frankie sangat berbesar hati menerima pelanggan yang tidak putus-putus dari Pejabat Daerah Kerian dan dianggarkan beliau telah menjual lebih dari 20 biji bola bowling kepada ahli kelab ini. Terbaru, Tuan Pegawai Daerah juga telah membeli sebiji bola baru dan telah dirasmikan pada kejohanan bulan April.

Antara ahli yang hadir pada malam tersebut.

Sehingga kini, Tuan Haji Mad Dan masih mengungguli carta juara setiap kali kejohanan berlangsung sehingga menimbulkan cakap-cakap belakang yang sedang berusaha menjatuhkan beliau.

Juara yang masih kekal juara.

Menurut sumber yang tidak ingin dikenali, beberapa orang ahli kelab telah berusaha mendapat khidmat jurulatih pasukan bolasepak, Roslan Mat Ali untuk melatih mereka, tetapi pastinya usaha mereka akan gagal memandangkan keputusan jurulatih tersebut dalam kejohanan yang lalu menjurus kepada ‘senduk’ sahaja.

PETANDA KERIAN : 3 - PETANDA PETALING : 1

Seperti biasa, Petanda KERIAN memang menang gaya. Bergambar dengan kit jersi terbaru pasukan ini.

Petanda Kerian mencatatkan kemenangan yang berharga dalam satu lagi perlawanan persahabatan yang diadakan sempena lawatan Kelab Petanda Petaling baru-baru ini.

Perlawanan yang diadakan di Padang Bandaran telah menyaksikan catatan hatrik oleh ketua pasukan Petanda Kerian, Khairul Mazly @ Mat John setelah Petanda Petaling mendahului 1-0 sebaik berakhir babak pertama.

Perlawanan pada babak pertama dilihat lebih banyak dikuasai oleh pasukan pelawat dengan hantaran-hantaran kemas dan lebih menguasai kawasan tengah. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap beberapa orang pemain yang dilaporkan tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam padang dan lebih memikirkan persiapan ‘air asam’ untuk majlis pada sebelah malam.

Jaringan oleh pemain penyerang pelawat bernombor 17 itu hampir merentap semangat pemain Petanda Kerian namun hasil kata-kata semangat oleh Pengurus Pasukan, Chief Azahari dan ‘Ketua Juruletih’, Encik Roslan telah mengubah segala-galanya.


Ketua Juruletih sedang memberi kata-kata semangat.



Barisan pertahanan diperkemaskan dan kemasukan beberapa lagi pemain utama yang direhatkan pada separuh masa pertama telah mengubah corak permainan pasukan tuan rumah dan seterusnya menghasilkan tiga gol cantik yang kekal sehingga tamat permainan.

Gol pertama jaringan Mat John mengubah corak permainan Petanda Kerian.



BOLA JARING TEWAS


Namun demikian, pasukan bola jaring Kerian telah tewas dengan jaringan 8-13 walaupun dibarisi dengan beberapa muka baru dan jersi baru. Kekalahan kali ini dilihat dari sudut positif memandangkan pasukan dibarisi beberapa muka baru dan muka lama direhatkan akibat terkena ‘buatan orang’.

Tetapi diharapkan para pemain bola jaring terus meningkatkan usaha untuk menghadapi beberapa lagi kejohanan pada masa akan datang.

AHLI KELAB BERGOTONG-ROYONG

Sempena menyambut kedatangan rombongan ahli Kelab Petanda Petaling baru-baru ini, kira-kira 50 orang ahli kelab telah bergotong-royong sejak awal pagi lagi menjalankan kerja-kerja gotong-royong bagi menjayakan Majlis Makan Malam tersebut.
Ikan 20 kilo... ayam 10 ekor... kambing 2 ekor... kerja berat dari pagi...

Top view... semua tak panggung kepala... konon2 rajin...

JJ dan Murad kena ambil alih jadi tekong... Suhaili kena pi kenduri di KL...


Kehadiran yang dicatat pada hari itu amat membanggakan dan lebih penting komitmen yang jitu serta kerja keras yang dilakukan telah menjadikan makan malam tersebut sesuatu yang sangat berjaya.

Kalau ada yang termakan ikan tak berapa bersih malam tu, inilah golongan yang basuh ikan tu...


Tok Wan bersemangat dikelilingi bunga-bunga... Hiris bawang tak tengok bawah dah...


Menu yang disediakan juga sungguh menarik antaranya ikan bakar, siakap 3 rasa, kerang rebus, siput bayam dan paling menarik dua ekor kambing panggang. Pihak urusetia juga ingin merakam jutaan penghargaan kepada seluruh ahli kelab yang bertungkus-lumus dari pagi sehingga lewat malam dan juga penyumbang-penyumbang yang telah berkorban wang ringgit dan masa dalam menjayakan majlis ini.


Menu menarik malam tu... ikan bakar + air asam...


Paling istimewa... kambing golek...


PIMPINAN BARU KELAB PETANDA KERIAN 2009/2011

Pada bulan April yang lalu, telah berlangsung satu Mesyuarat Agong Kelab Petanda yang diadakan bertujuan memilih Ahli Jawatankuasa yang baru buat penggal 2009/2011. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Penasihat Kelab Petanda Kerian sendiri iaitu Pegawai Daerah Kerian, Yang Berbahagia Tuan Ismail bin Hassan.

Antara ahli kelab yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Kelab Petanda Kerian yang baru bagi sesi 2009/2011:


Yang Di Pertua

HAJI MAD DAN BIN HASAN


Naib YDP 1

SYAMSUL HAZEMAN BIN MD. SALLEH


Naib YDP 2

ANITA BT. AMRI


Setiausaha 1

SHAHRUL NIZAM BIN RAZALI


Setiausaha 2

FIROZA BT. KELIWON


Bendahari

AHMAD LATHPI BIN HISHIM


Ahli Jawatankuasa:

Biro Sukan & Rekreasi

MUHD. AZAM BIN SULAIMAN


Biro Agama & Pendidikan

AHMAD LATHPI BIN HISHIM


Biro Ekonomi

SALASIAH BT. SULAIMAN


Biro Kebajikan

HANIZA BT. MAHAMUDIN


Biro Penerbitan

AMIRUL RAZIF BIN SALLEH NORDIN


Biro Hal Ehwal Wanita

NOOR LIZA BT . MOHD. SOHAILI


Biro Tugas-tugas Khas

NOORHAMIZAN BIN HASNAN

MOHD. NAWAWI BIN M. NOOR

NORLELA BT. NYUB

NASIR BIN MD. SALLEH


Ahli-ahli kelab boleh berhubung dengan jawatankuasa di atas bagi sebarang aktiviti atau pertanyaan berbangkit mengenai Kelab petanda Kerian. Terima kasih.

Proses pemilihan sedang berlangsung. Kelihatan ahli kelab sedang mengundi.