Rabu, 13 Mei 2009

PETANDA KERIAN : 3 - PETANDA PETALING : 1

Seperti biasa, Petanda KERIAN memang menang gaya. Bergambar dengan kit jersi terbaru pasukan ini.

Petanda Kerian mencatatkan kemenangan yang berharga dalam satu lagi perlawanan persahabatan yang diadakan sempena lawatan Kelab Petanda Petaling baru-baru ini.

Perlawanan yang diadakan di Padang Bandaran telah menyaksikan catatan hatrik oleh ketua pasukan Petanda Kerian, Khairul Mazly @ Mat John setelah Petanda Petaling mendahului 1-0 sebaik berakhir babak pertama.

Perlawanan pada babak pertama dilihat lebih banyak dikuasai oleh pasukan pelawat dengan hantaran-hantaran kemas dan lebih menguasai kawasan tengah. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap beberapa orang pemain yang dilaporkan tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam padang dan lebih memikirkan persiapan ‘air asam’ untuk majlis pada sebelah malam.

Jaringan oleh pemain penyerang pelawat bernombor 17 itu hampir merentap semangat pemain Petanda Kerian namun hasil kata-kata semangat oleh Pengurus Pasukan, Chief Azahari dan ‘Ketua Juruletih’, Encik Roslan telah mengubah segala-galanya.


Ketua Juruletih sedang memberi kata-kata semangat.



Barisan pertahanan diperkemaskan dan kemasukan beberapa lagi pemain utama yang direhatkan pada separuh masa pertama telah mengubah corak permainan pasukan tuan rumah dan seterusnya menghasilkan tiga gol cantik yang kekal sehingga tamat permainan.

Gol pertama jaringan Mat John mengubah corak permainan Petanda Kerian.



BOLA JARING TEWAS


Namun demikian, pasukan bola jaring Kerian telah tewas dengan jaringan 8-13 walaupun dibarisi dengan beberapa muka baru dan jersi baru. Kekalahan kali ini dilihat dari sudut positif memandangkan pasukan dibarisi beberapa muka baru dan muka lama direhatkan akibat terkena ‘buatan orang’.

Tetapi diharapkan para pemain bola jaring terus meningkatkan usaha untuk menghadapi beberapa lagi kejohanan pada masa akan datang.

2 ulasan:

  1. teka bola : berdasarkan gambar ke-3 spt di atas, kalu saudara&saudari bijak laksamana,boleh nyatakan secara bertulis, di manakah letaknya bola yang telah ditendang oleh En. Mat John yang merupakan jaringan pertama PETANDA KERIAN. Jawapannya hanya diketahui oleh En. Mat Amin.
    Peraduan ini akan tamat pada bila2 masa yang dirasakan patut, dan jika jawapan yang diberikan tepat HADIAH MISTERI bolehlah dituntut dpd En. Syamsul Hazeman(salah sorang tokey PETANDA.
    Tiada terma & syarat yang diperlukan! Ayuh sertailah sekarang. Sila nyatakan nama&ic (yg hujung sahaja- cth 08-5959)untuk bukti&tuntutan hadiah....

    BalasPadam
  2. ini semua menganiaya penama2 di atas... tuntutan akan dipanjangkan kepada biro sukan

    BalasPadam