Rabu, 13 Mei 2009

AHLI KELAB BERGOTONG-ROYONG

Sempena menyambut kedatangan rombongan ahli Kelab Petanda Petaling baru-baru ini, kira-kira 50 orang ahli kelab telah bergotong-royong sejak awal pagi lagi menjalankan kerja-kerja gotong-royong bagi menjayakan Majlis Makan Malam tersebut.
Ikan 20 kilo... ayam 10 ekor... kambing 2 ekor... kerja berat dari pagi...

Top view... semua tak panggung kepala... konon2 rajin...

JJ dan Murad kena ambil alih jadi tekong... Suhaili kena pi kenduri di KL...


Kehadiran yang dicatat pada hari itu amat membanggakan dan lebih penting komitmen yang jitu serta kerja keras yang dilakukan telah menjadikan makan malam tersebut sesuatu yang sangat berjaya.

Kalau ada yang termakan ikan tak berapa bersih malam tu, inilah golongan yang basuh ikan tu...


Tok Wan bersemangat dikelilingi bunga-bunga... Hiris bawang tak tengok bawah dah...


Menu yang disediakan juga sungguh menarik antaranya ikan bakar, siakap 3 rasa, kerang rebus, siput bayam dan paling menarik dua ekor kambing panggang. Pihak urusetia juga ingin merakam jutaan penghargaan kepada seluruh ahli kelab yang bertungkus-lumus dari pagi sehingga lewat malam dan juga penyumbang-penyumbang yang telah berkorban wang ringgit dan masa dalam menjayakan majlis ini.


Menu menarik malam tu... ikan bakar + air asam...


Paling istimewa... kambing golek...


3 ulasan:

  1. kata berkilo-kilo ikan,ayam,kambing,kerang,udang...tapi xder lebih pun?mana hilangnya?

    BalasPadam
  2. tak hilang... semua dapat makan... mana yang tak terhabis tu, di'faraid'kan pada ahli yang bekerja... biasala buat kenduri... bukan boleh puaskan hati semua orang...

    BalasPadam
  3. rasanya ada ckp2 belakang pasal faraid ni....

    BalasPadam