Rabu, 13 Mei 2009

KEJOHANAN TENPIN BOWLING TERTUTUP PETANDA KERIAN

Pada bulan April yang lalu, telah berlangsung satu lagi Kejohanan Bowling Tertutup Pejabat Daerah & Tanah Kerian yang diterajui oleh YDP sendiri. Kejohanan ini merupakan kejohanan kali keempat untuk tahun 2009 yang dijadualkan akan berlangsung setiap bulan di Megamall, Seberang Jaya.
Kejohanan kali ini menampilkan lebih dari 30 penyertaan yang terdiri daripada ahli-ahli kelab sendiri yang dilihat semakin bersemangat dan berkobar-kobar setiap kali menjelangnya hari kejohanan. Hasil tinjauan, majoriti ahli kelab telah mempunyai bola bowling sendiri setelah mendapati diri masing-masing mempunyai bakat yang sekian lama terpendam.

Gaya Tuan Pegawai Daerah,
masih berusaha membiasakan diri dengan bola baru.



Sehingga kini, dilaporkan tauke ‘pro-shop’ di Tingkat 2, Megamall iaitu Mr. Frankie sangat berbesar hati menerima pelanggan yang tidak putus-putus dari Pejabat Daerah Kerian dan dianggarkan beliau telah menjual lebih dari 20 biji bola bowling kepada ahli kelab ini. Terbaru, Tuan Pegawai Daerah juga telah membeli sebiji bola baru dan telah dirasmikan pada kejohanan bulan April.

Antara ahli yang hadir pada malam tersebut.

Sehingga kini, Tuan Haji Mad Dan masih mengungguli carta juara setiap kali kejohanan berlangsung sehingga menimbulkan cakap-cakap belakang yang sedang berusaha menjatuhkan beliau.

Juara yang masih kekal juara.

Menurut sumber yang tidak ingin dikenali, beberapa orang ahli kelab telah berusaha mendapat khidmat jurulatih pasukan bolasepak, Roslan Mat Ali untuk melatih mereka, tetapi pastinya usaha mereka akan gagal memandangkan keputusan jurulatih tersebut dalam kejohanan yang lalu menjurus kepada ‘senduk’ sahaja.

2 ulasan:

  1. Ingat sama ahli-ahli yang amatur.. buat satu kelas ajar kami teknik main yg betoi! YDP buleh jadi sifu!

    BalasPadam
  2. boleh... kita boleh set kelas main boling... tapi kena ada yuran la...

    BalasPadam