Selasa, 26 Mei 2009

TENPIN BOWLING... JUARA BARU!

Selepas sekian lama kejohanan tenpin bowling diungguli oleh Tuan Haji Mad Dan, akhirnya selepas lima bulan, beliau tumbang juga. Juara baru kali ini adalah En. Syam (Naib YDP1) yang tidak disangka-sangka telah mengungguli carta bulan Mei (macam Carta Era pulak). Nampaknya usaha menemui 'bomoh siam' di tingkat 2, Megamall membuahkan hasil.

Kejohanan kali ini mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran lebih 40 orang ahli kelab yang mengambil bahagian. Turut serta dalam kejohanan kali ini adalah Ahli Bersekutu dari Pejabat Pesaka Kecil yang menghantar 5 orang ahli untuk mencabar. Sayangnya, belum seorang pun yang menduduki carta utama.

Penganjur kali ini juga telah membahagikan kejuaraan kepada dua divisyen iaitu A dan B, bagi pemain yang menduduki tangga pertama hingga sepuluh, akan masuk ke Divisyen A dan selebihnya dalam Divisyen B. Untuk kejohanan akan datang, 10 orang dari Div. A ditambah 2 pemenang utama Div. B akan bermain dalam Div. A dan selebihnya dalam Div. B. sebagai cabaran, semakin lama anda berada dalam Div. B, maka anda akan dianggap 'tangan senduk'.


Gaya High Scorer... 193 jatuhan pin... tapi ada dakwaan kata nampak lembaga aneh di hujung lane tolong tolakkan pin Fadil malam tu.

Hati panas... mesti bakar lagi...

Wakil wanita... muka2 biasa... mana lagi yang lain?

Akhirnya kecundang jua... Bocor lantai tu Tuan Haji renung...

Lane Rohaizam dan Mizan, khabarnya komputer lane tu rosak... sebab tu score depa tinggi...

"Betui ka score hangpa ni? Macam karut ja?" tanya Sepoi. "Tak tau la, kami pun kompius ni," jawab Mizan.

Gaya juara baru... sahih ada 'pakai' apa-apa ni... Mesti la ada, pakai bola dengan kasut baru...

Yang pasti, semua balik tanpa tangan kosong. Tetap berisi, boleh la tunjuk kat anak bini yang abang ni bukanlah senduk sangat. Bulan depan boleh main lagi.

8 ulasan:

  1. wah cayalah.. akan datang lagi banyak juara baru bakal menyusul. silap2 boleh ada division C lak.

    BalasPadam
  2. Wah..tahniah pada juara baru. Nnti lagi bnyak juara baru bakal menyusul. Silap2 boleh wujud divisyen C plak.

    BalasPadam
  3. janji poi kalah! kaco sket pun takleh..situa yg manjee..

    BalasPadam
  4. born 2 be the second! maybe xde bola ngan kasut sendiri...tp lu pikiaq la sendiri.... - mat john playboyz

    BalasPadam
  5. dah la xleh kaco..siap blakon 'buat2' bola jatuh ar pullokk! nak tipu pun xreti! xjantan langsung! -D.B Cooper-

    BalasPadam
  6. ala... sepoi tu!!! bila kalah ja alasan sama tinggi dgn gunung semanggol... bila menang menyanyi macam mickey mouse - prebet sapu -

    BalasPadam
  7. hangpa tengok la nanti... kalau berani jom la one by one, face to face, anak jantan - sepoi -

    BalasPadam
  8. semakin ramai jagoan bowling ni...syabas petanda kerian!

    BalasPadam