Rabu, 7 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA PEJABAT TANAH KERIAN & MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PESARAAN EN. MOKTAR

CC Mokhtar @ YB (Yang Bersara) bersama Tuan Pegawai Daerah.

Antara yang bekerja keras.

Tuan Haji Mad Dan memberikan kata-kata aluan.

Kak Siti orang kuat.

RABU 30 September 2009, bermula jam 3.30ptg bertempat di Pejabat Tanah Kerian dua majlis telah berlangsung serentak iaitu Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Pejabat Tanah Kerian dan juga Majlis Perpisahan Sempena Persaraan En.Moktar B. Abdul Samad. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pegawai Daerah Kerian iaitu En. Ismail Bin Hassan.

Dikesempatan itu En.Moktar telah berucap dan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau dalam pentadbiran kerajaan untuk selama 36 tahun.Syabas buat beliau dan segala khidmat curah bakti beliau dalam kerajaan selama ini akan tetap dikenang sampai bila-bila.Semoga beliau terus cemerlang dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini.Dengar cerita beliau agak mahir dalam alam cyber..

Berikut adalah biodata ringkas En.Moktar B.Abdul Samad:


JAWATAN AKHIR: PEMBANTU TADBIR (TERTINGGI) GRED N26

TARIKH LAHIR: 05.10.1953

TEMPAT LAHIR: PARIT HAJI WAHAB, TANJUNG PIANDANG, PERAK.

TARIKH LANTIKAN: 01.12.1973

TEMPOH PERKHIDMATAN: 01.12.1973-05.10.2009 (36 TAHUN)

PENGALAMAN:

1.12.1973-8.01.1975 -PEJABAT PERTANIAN KUALA KANGSAR

9.01.1975-30.11.1978-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

1.12.1978-30.11.1980-PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK, IPOH

1.12.1980-30.04.1999-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

1.05.1999-15.12.2006-PEJABAT JKR KERIAN, PARIT BUNTAR

16.12.2006-5.10.2009-PEJABAT TANAH KERIAN, PARIT BUNTAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan