Rabu, 14 Oktober 2009

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEGAWAI DAERAH KERIAN & KELAB PETANDA KERIAN TAHUN 2009/1430H

Parit Buntar, Isnin 12 oktober 2009 bertempat di perkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kerian telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang ditaja oleh Tuan Pegawai Daerah Kerian sendiri bersama-sama Kelab PETANDA KERIAN.
Majlis bermula pada jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Dengan dimulai bacaan doa, ucapan Tuan Pegawai Daerah Kerian dan seterusnya jamuan dimulakan. Antara menu yang tersedia dihidang adalah satey, char koey teow, murtabak, roti bom, nasi bukhari, mee sup, bihun sup, koey teow sup, lemang, ketupat rendang, laksa, cendul, kuih muih dan buah-buahan.Majlis berlangsung dengan penuh muhibbah dengan dihadiri setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan juga aliran politik.
Semoga majlis-majlis seperti ini dapat terus mengukuhkan hubungan sesama masyarakat di daerah Kerian amnya.Terima kasih diucapkan buat semua petugas-petugas yang telah bertukus lumus dalam menjayakan majlis tersebut termasuk penaja-penaja yang telah bermurah hati memberi sumbangan makanan.Berikut adalah sebahagian gambar yang diambil disekitar majlis yang berlangsung:-

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan