Isnin, 12 Julai 2010

KEMBARA BUKIT SEMANGGOL 2010
















Bukit Semanggol, Sabtu 11 Julai 2010 program mendaki Bukit Semanggol telah pun dijalankan oleh Kelab PETANDA KERIAN dengan disertai 46 orang Ahli2 Kelab bersama keluarga ahli dan termasuk 5 orang penduduk tempatan yang bertindak sebagai jurupandu arah.

Aktiviti riadah bermula seawal jam 7.30pagi dengan berkumpul di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Gunong Semanggol. Aktiviti ini turut disertai Tuan Pegawai Daerah Kerian & juga Y.D.P Kelab PETANDA KERIAN.

Bukit Semanggol sebenarnya telah lama popular dikalangan kelab2 belia dan pelajar2 sekolah disekitar negeri Perak untuk aktiviti 'Jungle Tracking'. Jalan masuk bermula adalah melalui belakang Masjid An-Nur,Kg. Bukit Semanggol. Dan perjalanan pendakian mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Ketinggian puncak Bukit Semanggol adalah 1270 kaki dari aras laut.

Kembara pada hari tersebut berjalan lancar dengan berbagai faedah diperolehi seperti keakraban sesama ahli & keluarga, membina sifat sabar & peningkatan kesungguhan serta kerjasama, meningkatkan tahap kecergasan & stamina dan pelbagai hasil positif dapat diperolehi.

Dari atas puncak Bukit Semanggol tersebut dapat diimbaukan panorama topografi yang membentang luas bagaikan pandangan "Google-Earth'. Sawah2 padi, kolam2 arowana, Kolam Bukit Merah, aliran2 sungai,ciptajadi seperti Lebuhraya Utara-Selatan semuanya dapat dihayati dengan penuh mengasyikkan.

Pandangan yang dapat diperolehi adalah meliputi sebahagian besar Mukim Gunong Semanggol, Mukim Selinsing, Mukim Bagan Serai dan juga Daerah Larut Matang.

Semoga aktiviti Kembara ini akan dapat dijadikan acara berterusan buat Kelab PETANDA KERIAN dengan penerokaan bukit2 lain pula seperti Bukit Padang Ragut dan Bukit Merah.

5 ulasan:

  1. Bagus aktiviti anda semua. Mungkin kita boleh bergabung tenaga memajukan produk ini bersama-sama.

    Daripada
    Khairul Firefly
    Kg Dew
    http://fireflyzone.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih saudara Khairul.InsyaAllah di masa2 hadapan pihak kami mengalu-alukan sebarang kerjasama dlm program riadah di sekitar Daerah Kerian.

    BalasPadam
  3. cayalah u all. nanti buat la daki bukit merah pulak.. eh ada ke bkt merah???

    BalasPadam
  4. Kami di Pelancongan kelip-kelip Kg Dew menjemput DO dan ahli Petanda meninjau tanah di sepanjang pinggir sungai sepetang yang giat diceroboh oleh ***. Hajat kami ialah untuk mengujudkan Santuari Kelip-kelip agar genarasi akan datang terus mendapat manfaatnya.

    BalasPadam
  5. -Bukit Merah kalau nk panjat melalui belakang sek.ren.bukit merah.
    -Lawatan ke pinggir sg.sepetang utk melihat kelip2 juga ada dlm perancangan.
    -Pencerobohan & penebangan kayu baku juga sedang dalam pemantauan Pej.Tanah Kerian & Pej. Hutan Taiping.

    BalasPadam