Isnin, 10 Ogos 2009

PERLAWANAN AKHIR BOLA JARING & BOLA SEPAK SUKAN 3 PENJURU 2009



Rabu 5 Ogos bertempat di Padang Bandaran Parit Buntar telah berlangsungnya Perlawanan Akhir acara bola jaring & bola sepak yang akan menentukan juara keseluruhan Sukan 3 Penjuru 2009 kerana masing2 mempunyai peluang untuk dinobatkan Pemilik Piala Pusingan jika memperolehi kemenangan.
Perlawanan akhir penuh dramatik bagi acara bola jaring & bola sepak terpaksa dilewatkan ke jam 6.00ptg yang sepatutnya bermula jam 5.30ptg disebabkan hujan lebat yang turun.
Akhirnya pasukan bola jaring PETANDA KERIAN telah memperolehi kemenangan yang amat2 bergaya iaitu 14-5 menewaskan Bandar Baharu.Ini merupakan suatu keputusan yang menyebabkan PETANDA KERIAN telah dinobatkan selaku JUARA SUKAN 3 PENJURU yang pertama.Syabas buat semua ahli pasukan bola jaring yang begitu komited mencari kemenangan dan sentiasa mencipta kejayaan demi kejayaan.

Berikut adalah suasana pertarungan bola jaring yang menghiburkan semua:


































Manakala perlawanan akhir bola sepak diantara SPS VS BANDAR BAHARU berkesudahan dengan kemenangan buat SPS menerusi sepakan penalti 5-4.Yang menyaksikan seri 2-2 pada separuh masa pertama & kedua.Syabas buat kedua-dua pasukan yang sentiasa menunjukkan aksi2 hebat terutama sekali penjaga gol SPS iaitu En.Bob yang diistiharkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Bola Sepak.
Tak kurang hebat jua buat Bandar Baharu yang berjaya masuk final bagi 2 acara iaitu bola jaring & bola sepak yang diandaikan kemenangan berpihak kepada mereka,maka merekalah akan menjadi juara keseluruhan.

Berikut adalah gambar2 aksi hebat yang dirakamkan oleh En.Fizi Jurugambar handalan:
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan