Ahad, 23 Ogos 2009

AKSI SPEEDBALL DIRTY DOZEN

20 Ogos 2009,Hari Khamis bertempat di USM Transkrian,Nibong Tebal,Pulau Pinang bermula jam 5.30petang, seramai 15 orang platun Dirty Dozen telah hadir sessi latihan SPEEDBALL.Speedball juga adalah salah satu cabang paintball,tetapi MARKER yang digunakan adalah lebih laju dan corak permainan adalah sangat pantas.Satu sessi pertempuran hanyalah mengambil masa 5 minit sahaja.

Dengan bayaran RM500 kami telah dibekalkan 4000 biji PELLET,manakala MARKER,FACE MASK & BAJU PELINDUNG diberi percuma.Lokasi pertempuran adalah diatas padang rata dengan keluasan 100m X 180m.Diatas padang berpagar tersebut terdapatnya belon2 udara yang dipanggil BUNKER.

Tapak Speedball ini sebenarnya diuruskan oleh PROMEDIA PAINTBALL yang juga merupakan dibawah Kelab Kebajikan & Sukan Staff USM.Sebelum pertempuran kami telah diberi taklimat ringkas dan aspek2 keselamatan turut ditekankan dalam taklimat tersebut.

Kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan dengan 5 orang bagi setiap kumpulan.Corak permainan adalah menembak seberapa tepat yang boleh dan jika terkena tembakan PELLET dimana2 anggota badan mahupun MARKER adalah dikira OUT.

Banyak tips-tips berguna yang telah diperolehi bagi permainan speedball ini,umpamanya jika hendak berlindung,berlindunglah di BUNKER yang besar,jika tidak anda akan cepat menjadi sasaran.Pernafasan melalui mulut juga adalah penting,kerana pernafasan melalui hidung yang berlebihan akan menyebabkan FACEMASK anda akan cepat berkabus.

Anda tidak perlu risau ketika bertempur,kerana pihak MARSYAL akan sentiasa ada untuk membantu anda.Dan mengikut sejarahnya belum ada yang terkorban bermain speedball.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan