Rabu, 12 Ogos 2009

DIRTY DOZEN KERIAN PLATOON

Hari Pertama- Sabtu 8 ogos 2009, bertempat di EMPIRE PAINTBALL EXTREME PARK, Teluk Muroh, Lumut telah termeterainya penubuhan Skuad Paintball yang pertama dari Daerah Kerian yang diketuai oleh En.Syamsul Hazeman B.Md.Salleh(Kapten) dan En.Firdaus Farid B.Abd.Rashid. Skuad tersebut telah diberi nama DIRTY DOZEN.

Kehadiran DIRTY DOZEN adalah bagi menyertai Kejohanan Paintball Piala Y.B. Dato' S.U.K atau pun INTER DIVISION ECO PAINTBALL CHALLENGE 2009. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama Kelab Sukan & Sosial Pej.S.U.K Perak bersama dengan Kelab EMPIRE PAINTBALL. Sebanyak 12 pasukan yang terdiri daripada jabatan kerajaan seluruh Negeri Perak telah hadir.

Daripada 12 pasukan, ia telah dipecahkan kepada 3 kumpulan A, B & C dengan setiap kumpulan terdapat 4 pasukan masing-masing yang akan merebut tempat pertama & kedua untuk ke Suku Akhir.

Setiap pasukan mempunyai 10 orang pemain dan 2 orang simpanan. Kawasan pertempuran adalah hutan belukar di atas tanah seluas 1.4 ekar. Berbukit di sebelah barat dan kawasan rendah di sebelah timur. Cara bermain adalah menaikkan bendera pasukan untuk mendapat 50 markah dan setiap pihak lawan yang ditembak ada markahnya dan dapat kekal hidup hingga tamat perlawanan juga ada markahnya. Pertempuran hanyalah sekitar 10 minit sahaja. Tetapi bagaikan dirasa berjam-jam lamanya. Penuh dengan aksi dan taktik yang mengujakan.

Apa yang paling membanggakan adalah DIRTY DOZEN telah mencipta kejutan dengan mengalahkan 3 pasukan lain tanpa disangka-sangka diperingkat saingan kumpulan dan telah muncul johan kumpulan B.

GAME PERTAMA
DIRTY DOZEN(91 MARKAH)kalahkan PANTHERA-SPRM(33 MARKAH)

GAME KEDUA
DIRTY DOZEN(101 MARKAH)kalahkan ICU DESTROYER-PEJ.PEMB.NEGERI(31 MARKAH)

GAME KETIGA
DIRTY DOZEN(77 MARKAH)kalahkan PLANNING SYNDICATE-JPBD&W(44 MARKAH)

Hari kedua- Ahad 9 Ogos menyaksikan pertempuran paling sengit diantara DIRTY DOZEN dengan BERRET HIJOO dari Team SUK B. Bendera setiap pasukan yang sentiasa turun naik telah menghangatkan suasana. Salah seorang team BERRET HIJOO juga turut pengsan. Manakala pihak MARSYAL juga memuji baju pelindung yang dipakai oleh DIRTY DOZEN kerana tak lut di tembak. Tetapi nasib kurang menyebelahi menyebabkan bendera BERRET HIJOO telah naik di kala minit terakhir.

Pertempuran seterusnya juga tidak menyebelahi DIRTY DOZEN kerana pengalaman yang kurang dibandingkan dengan SUK 69 dari Team SUK A yang sememangnya telah lama menceburi sukan paintball.

Pertandingan ini menawarkan RM1500 untuk tempat pertama, RM1000 di tempat kedua dan RM750 di tempat ketiga. Akhirnya SUK 69 telah menjadi Johan. Naib Johan pula adalah DUN LOONG yang terdiri daripada guru & staff Sek. Keb. Dato' Ishak yang memiliki ramai peserta wanita. Manakala tempat ke3 adalah dari BERRET HIJOO.

Syabas buat semua ahli2 DIRTY DOZEN yang cukup bersemangat memberi saingan dalam permainan lasak paintball. Semoga platun ini akan terus hidup dengan lebih ramai lagi ahli2 dan terus menyertai pertandingan2 paintball yang akan datang.

SENARAI AHLI DIRTY DOZEN KERIAN PLATOON
1.SYAMSUL HAZEMAN B. MD.SALLEH
2.FIRDAUS FARID B. ABD RASHID
3.MOHAMMAD B. ESLAH
4.AMIRUL RAZIF B. SALEH NORDIN
5.MOHD.HANIFF B. ISMAIL
6.NOOR HAMIZAN B. HASNAN
7.MOHAMMAD FADIL B. MAT ARIS
8.ROHAIZAM B.MOHD. YUSOFF
9.KHAIRUL MAZLI B. BAHRUDIN
10.AHMAD SOFI B. ZAINON
11.AZNUR FIRDAUS B. MOHD.KASSIM
12.MOHD. WIRA B. PAKHARARRADZI @ S.P.YEO

LOGISTIK
1.SUHAILI B.HAMSAN
2.HASNAN B.HASSANUDDIN























1 ulasan:

  1. Khamis ni ada lagi... happy hour speedball kat usm... bagi nama pada penganjur... Ketua Biro Penerbitan (Amirul)... tempat terhad pada 10 org saja...

    BalasPadam