Sabtu, 22 Ogos 2009

SESSI LATIHAN PAINTBALL

Sabtu 15 Ogos 2009,jam 3.30 petang,bertempat di Jalan Haji Wahab,Kg.Air Putih,Taiping seramai 6 orang anggota Dirty Dozen yang komited dalam sukan ekstrim ini telah hadir bagi menjalani latihan paintball.Dengan bayaran Rm25.00 para peserta dibekalkan dengan 100 biji pellet.

Permainan paintball ini sebenarnya sesuai dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja,baik wanita,kanak-kanak, mahupun warga emas.Kerana sukan ini walaupun lasak tapi sebenarnya penuh dengan ciri-ciri keselamatan.Umpamanya FACEMASK wajib dipakai didalam gelanggang dan jika ingkar muka anda akan diserkup dengan tangan oleh MARSYAL demi keselamatan, kerana kelajuan pellet boleh mencederakan mata dan anda akan dihalau keluar.

Petang sabtu ini menyaksikan agak ramai juga peminat-peminat paintball yang hadir.Ada yang dari Kamunting dan ada juga dari Ipoh.Kami turut dimaklumkan bahawa anggota PLUS turut berlatih paintball disebelah paginya.Begitu juga yang datang membawa keluarga dan sebenarnya sukan paintball ini boleh merapatkan tali kekeluargaan dan menimba kemesraan anggota keluarga.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan