Sabtu, 22 Ogos 2009

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-52 TAHUN 2009-PERINGKAT DAERAH KERIAN

Selasa,18 Ogos 2009 bertempat di Dewan Seri Kerian telah berlangsungnya MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-52 TAHUN 2009-Peringkat Daerah Kerian yang telah diurusetiakan oleh Pejabat Daerah & Tanah Kerian.

Majlis bermula seawal jam 9.30pg dengan ketibaan para jemputan dan juga dif-dif kehormat dengan dimulakan persembahan koir yang anggotanya terdiri daripada pasukan koir Kelab PETANDA Kerian.Persembahan lagu-lagu NEGARAKU, JALUR GEMILANG, SATU MALAYSIA telah berkumandang penuh iltizam lagi bersemangat.

Tamat sahaja persembahan koir, Penghulu Firdaus B.Abdul Rahim telah mengetuai Ikrar Rukun Negara dan kemudian bacaan doa diketuai oleh Penghulu Ahmad Shah.Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawantankuasa Sambutan dan kemudiannnya ucapan Perasmian oleh Pegawai Daerah Kerian yang diwakili oleh Tuan Haji Mad Dan B.Hassan iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah(Tanah) dan pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kerian.

Acara seterusnya adalah penyerahan Jalur Gemilang yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mad Dan B.Hassan kepada penghulu-penghulu Mukim,manakala Yang Berusaha En.Abu Bakar B.Mat Ali selaku Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak untuk Daerah Kerian menyampaikan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua kaum masyarakat Daerah Kerian.

Acara terakhir adalah penyampaian jalur gemilang kepada kenderaan-kenderaan awam,jabatan dan juga individu. Semoga semangat cintakankan negara terus tersemai kepada seluruh masyarakat dengan adanya program-program seumpama ini.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan