Sabtu, 1 Ogos 2009

MAJLIS BACAAN YASSIN, TAZKIRAH & PENYAMPAIAN CENDERAHATI HARI LAHIR

Pada hari jumaat 9 Syaaban 1430 bersamaan 31 Julai 2009 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Kerian telah diadakan Majlis Bacaan Yassin,Tazkirah & Penyampaian hadiah hari lahir.Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan dipegerusikan oleh Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan(Ketua Penolong Pegawai Daerah-Tanah) yang juga merangkap Tuan Yang DiPertua Kelab Petanda Kerian.

Majlis berlangsung dengan penuh istikamah yang menyaksikan kehadiran 70 orang ahli-ahli Kelab Petanda Kerian iaitu hampir separuh dari ahli-ahli kelab yang berdaftar.Syabas buat Biro Agama Kelab Petanda kerian.Bacaan yassin tersebut diketuai oleh Ustaz Haji Abu Bakar B.Samsuri dari Pejabat Agama Islam Bagan Serai.Dan seterusnya Ustaz Haji Abu Bakar menyampaikan tazkirah yang bertajuk Kelebihan Surah Yassin dan Adab-Adab membaca yassin.Marilah kita bersama-sama beramal dengan ilmu yang telah disampaikan.

Buat makluman semua ahli kelab, majlis seperti ini sebenarnya diadakan setiap hari jumaat pada minggu terakhir dalam setiap bulan.Justeru daripada itu pihak kelab sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.

Harap maaf.Gambar kurang jelas disebabkan gambar diambil menerusi telefon bimbit.

















Selepas tazkirah turut diadakan Majlis Penyampaian Cenderahati Hari Lahir yang diuruskan oleh Biro Kebajikan.Berikut adalah mereka-mereka yang bertuah yang menyambut hari lahir pada bulan Julai.Selamat panjang umur & dimurahkan rezeki kami ucapkan.

1.En.Syamsul Hazeman B.Md.Salleh-17.07.1978
2.En.Abdul Rahaman B.Abdul Aziz-01.07.1961
3.En.Ahmad Sabki B.Othman-05.07.1961
4.En.Khairul Mazli B.Bahrudin-20.07.1979
5.Cik Emy Yuzreena Bt.Othman-04.07.1985
6.En.Shaari B.Yan-02.07.1962
7.En.Razali B.Abdul Rahim-19.07.1967
8.Cik Norzahidah Bt.Mokhtar-02.07.1988

Manakala acara penutup pula adalah jamuan makan yang ditaja khas oleh Pak Chu Nik.Terima kasih diucapkan kepada beliau,walaupun sedang bercuti persaraan tetapi masih berbudi kepada kelab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan