Selasa, 11 Ogos 2009

JAMUAN PERPISAHAN S.O MURAD

Khamis 6 Ogos 2009 jam 4.00 petang, bertempat di Pejabat Tanah Kerian telah diadakan jamuan ringkas untuk En.Ahmad Murad B. Abdul Halim yang akan berangkat ke PTG,Ipoh.Jamuan tersebut dipengerusikan oleh En.Haniff Ismail manakala bacaan doa oleh En.Fadil Aris.

Dikesempatan itu juga, tuan KPPD(T)iaitu Tuan Hj.Mad Dan B.Hassan telah berucap ringkas dengan menyatakan supaya selepas ini ikatan kekeluargaan dengan PTG dapat dijalinkan dengan adanya En.Murad disana nanti.

En.Hamizan Hasnan juga turut berucap dengan menyatakan bahawa En.Murad lah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam hal-hal berkaitan kerja. Dan dikesempatan itu En.Murad juga telah memberi tiga nasihat yang berguna kepada kami semua dalam melayari bahtera kerjaya..
Pertama:Menjaga perhubungan baik dengan Pegawai dan rakan2.
Kedua:Sentiasa ikhlas dalam membantu orang kampung.
Ketiga:Sentiasa menambah ilmu pengetahuan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan