Rabu, 12 Ogos 2009

ERA PAINTBALL DAH BERMULA

Khamis 6 Ogos 2009 jam 6.00ptg. Bertempat di Kg.Air Puteh,Taiping, 15 orang telah hadir bagi sesi penerangan & latihan asas sukan EXTREME iaitu Paintball. Sesi ini sebenarnya adalah amat penting kerana Pejabat Daerah & Tanah Kerian telah pun menyahut cabaran bagi menyertai Kejohanan Paintball Piala Y.B Datuk S.U.K 2009 yang akan berlangsung pada 8-9 Ogos di Empire Paintball Extreme Park, Teluk Muroh, Lumut.

Penerangan & latihan asas telah dibuat oleh pemilik Kelab Paintball Taiping iaitu En. Rashid yang juga merupakan pelopor Liga Paintball Amatur Taiping. Banyak pendedahan yang dibuat amat menarik sekali bagi kami yang tidak pernah termimpi pun akan terlibat dengan sukan lasak ini. Umpamanya senjata dipanggil MARKER. Peluru dipanggil PELLET. Sukan ini sebenarnya penuh dengan strategis & taktikal. Kos permainan pun tidaklah terlalu tinggi.Dengan bayaran RM400 kami dapat menggunakan 2000 butir Pellet termasuk sewa Mask,Marker & Baju Pelindung. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Rashid dan semoga kelabnya terus sukses. Kalau ada rezeki kami akan ke sana lagi.

Kami dipecahkan 3 kumpulan dengan 5 orang bagi setiap kumpulan.Lokasi pertempuran adalah kebun kelapa sawit yang dianggarkan selaus 0.5ekar. Buat permulaan corak permainan adalah pertempuran secara bersemuka dengan menembak seberapa tepat yang boleh. Setiap kali pertempuran tidaklah mengambil masa yang lama.Biasanya antara 10minit ke 15 minit sahaja dan bergantung kepada jumlah pellet. Lagi cepat pellet habis lagi cepat permainan tamat.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan