Selasa, 11 Ogos 2009

MALAM GILANG-GEMILANG MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN TIGA PENJURU 2009

Rabu 5 Ogos 2009 bertempat di Dewan Merdeka Parit Buntar telah berlangsungnya Majlis Penutup Kejohanan Sukan Tiga Penjuru 2009 yang melibatkan Kelab Sukan,Sosial& Kebajikan Pejabat Daerah & Tanah Kerian,Perak. Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang dan Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu,Kedah.

Acara bermula pada jam 8.30malam dengan dihadiri oleh semua ahli2 kelab ketiga-tiga negeri yang terlibat dengan anggaran 200 orang yang hadir.Malam tersebut penuh dengan gilang-gemilang piala2 yang disampaikan untuk 6 jenis acara yang telah dipertandingkan iaitu Badminton,Tenpin Boling,Bola Tampar,Sepak Takraw,Bola Jaring & Bola Sepak.Ianya begitu unik sekali kerana setiap acara akan mendapat pingat dari tempat pertama hingga ketiga.

Antara yang paling seronok sekali ialah Naib YDP Kelab PETANDA Kerian iaitu En.Syamsul Hazeman B. Md.Salleh, kerana beliaulah peserta tunggal yang dapat membolot 6 pingat acara sukan yang merupakan paling terbanyak sekali bagi seseorang peserta.Diberitakan juga, beliau telah mencuba beberapa kali untuk menyertai pasukan bola jaring tapi telah berjaya dihalang oleh kapten pasukan iaitu Cik Firoza.

Buat makluman semua, jamuan makan malam tersebut telah ditaja khas oleh ketiga-tiga D.O di ketiga-tiga daerah dan diketiga-tiga negeri.Dan buah-buahan pula didatangkan khas dari Kedah Darul Aman.

Turut menyerikan suasana malam tersebut adalah persembahan2 nyanyian yang bertenaga dari wakil negeri2 yang terlibat.Manakala keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:-

BADMINTON
JOHAN:KERIAN
NAIB JOHAN:SEBERANG PERAI SELATAN
KE-3:BANDAR BAHARU

TENPIN BOLING
JOHAN:SEBERANG PERAI SELATAN
NAIB JOHAN:KERIAN
KE-3:BANDAR BAHARU

BOLA TAMPAR
JOHAN:KERIAN
NAIB JOHAN:SEBERANG PERAI SELATAN
KE-3:BANDAR BAHARU

SEPAK TAKRAW
JOHAN:BANDAR BAHARU
NAIB JOHAN:KERIAN
KE-3:SEBERANG PERAI SELATAN

BOLA JARING
JOHAN:KERIAN
NAIB JOHAN:BANDAR BAHARU
KE-3:SEBERANG PERAI SELATAN

BOLA SEPAK
JOHAN:SEBERANG PERAI SELATAN
NAIB JOHAN:BANDAR BAHARU
KE-3:KERIAN


Maka dengan itu PETANDA KERIAN telah dinobatkan sebagai pemenang dan menerima Piala Pusingan Kejohanan Sukan 3 Penjuru 2009.Manakala SPS ditempat kedua dan Bandar Baharu ditempat Ketiga.Seberang Perai Selatan juga telah dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan 3 Penjuru 2010 yang bakal menyusul.

SEKALUNG PENGHARGAAN

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada:

Pegawai Daerah Kerian,Perak
Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang
Pegawai Daerah Bandar Baharu,Kedah
Para Atlit
Pegawai-pegawai Sukan
Para Urusetia
Penjawat Awam ketiga-tiga Pejabat Daerah & Tanah
Akhbar Sinar Harian
dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan 3 Penjuru ini.

Jumpa lagi di tahun hadapan…

Majulah Sukan Untuk Negara & Kelab














































Tiada ulasan:

Catat Ulasan