Ahad, 5 Julai 2009

S.O HAMIZAN GEMBIRA DAPAT CAHAYAMATA KEDUA

Tanggal 5 Julai,hari ahad.jam (+-)2.50ptg. bertempat di Hospital Taiping.Isteri kepada S.O Hamizan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat lagi comel. Bayi tersebut merupakan cahayamatanya yang kedua.Pihak Kelab Petanda Kerian merakamkan ucapan tahniah dan beliau tentunya bertambah-tambah gembira tambah-tambahan lagi dengan berita gembira tentang Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah sebelum ini.Semoga dengan kelahiran bayi tersebut akan dapat memupuk lagi kasih sayang yang sedia terjalin dan bertambah-tambah bahagia lagi hendaknya.
Dengan kelahiran bayi tersebut juga,maka telah lengkaplah trio skuad Biro Penerbitan yang mendapat anak dalam masa terdekat.Iaitu sebelum ini Fizi, diikuti S.O Amin & kini S.O Hamizan.Untuk makluman. S.O Hamizan ini adalah salah seorang orang kuat Kelab Petanda Kerian.Beliau merupakan AJK Tugas2 Khas, Timbalan Pengerusi Biro Sukan & Rekerasi dan Bahagian Publisiti Biro Penerbitan.
Syabas sekali lagi dan mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki dan sukses selalu.

RAID ZIHNI B.NOOR HAMIZAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan