Jumaat, 3 Julai 2009

BERITA GEMBIRA UNTUK S.O (Settlement Officer)

Semalam Khamis 2 Julai 2009 tepat jam 5.29ptg.Maka telah disahkan melalui Pekeliling 16/2009 yang dikeluarkan oleh JPA berhubung kenaikan skim Penolong Pegawai Tanah daripada N17,NT22,NT31/NT32,NT36 kepada NT27,NT32,NT36 & N41. Pihak Kelab Petanda Kerian merakamkan tahniah buat semua S.O didalam Kelab Petanda Kerian yang melibatkan 11 orang.Ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah sudi menaiktarafkan perkhidmatan S.O yang sememangnya telah sekian lama dinanti-nantikan oleh mereka.Dengan kenaikan taraf perjawatan tersebut adalah diharapkan Pentadbiran Tanah akan terus perkasa dalam arus pembangunan yang kian mapan.
Pihak Kelab turut dimaklumkan bahawa kenaikan taraf jawatan tersebut bukanlah diperolehi dengan mudah.Tapi dalam jangka masa yang lama dan diperjuangkan oleh Pihak Kesatuan S.O Semenanjung Malaysia sejak zaman Sistem Kabinet kepada Sistem Saraan Baru hinggalah sekarang Sistem Saraaan Malaysia. Apa-apa pun syabas buat semua yang terlibat dan akhir kata "Bila Nak Buat Kenduri Kambing Panggang lagi".

salah seorang 'Bukan S.O' yang turut gembira dengan berita gembira tersebut.


Antara S.O Kerian yang akan mendapat durian runtuh.


Terkejut, gembira, panik dan bermacam perasaan yang bercampur baur dirasakan.

1 ulasan:

  1. Semua Penolong Pegawai Tanah Negeri Perak,PERJUANGAN KITA BELUM BERAKHIR.....amanat kerajaan negeri untuk kita sama sama menyelesaikan masaalah pentadbiran tanah belum selesai..DURIAN BELUM RUNTUH......

    BalasPadam