Khamis, 23 Julai 2009

BOLA JARING KERIAN TERUS CEMERLANG


Pada 22 Julai 2009(Rabu)bertempat di Padang Bandaran Parit Buntar telah berlangsungnya perlawanan ke-3 SUKAN 3 PENJURU acara BOLA JARING diantara PETANDA KERIAN VS PETANDA BANDAR BAHARU.PETANDA KERIAN terus cemerlang dalam semangat berpasukan hinggakan membuat pihak lawan terpaksa akur dengan corak permainan yang kreatif oleh PETANDA KERIAN.

Hasil semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain2 yang terdiri daripada ahli2 kelab dan juga isteri2 ahli telah membuahkan hasil yang menakjubkan iaitu kemenangan bergaya yang diperolehi oleh PETANDA KERIAN 18 berbalas 2.

Sebelumnya juga KERIAN telah menang bergaya menentang SEBERANG PRAI SELATAN pada 7Julai 2009 (selasa) juga dengan 18 berbalas 2.

Berikut adalah keputusan terkini Bola Jaring 3 Penjuru:-

PERLAWANAN 1-(7 JULAI 2009)=KERIAN(18) VS SPS(2)
PERLAWANAN 2-(14 JULAI 2009)=SPS(3) VS BANDAR BAHARU(7)
PERLAWANAN 3-(22 JULAI 2009)=KERIAN(18) VS BANDAR BAHARU(2)

PERLAWANAN AKHIR (5 Ogos 2009)=KERIAN VS BANDAR BAHARU

Kesemua ahli Kelab dijemput hadir untuk turut serta memberikan sokongan padu pada Final yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2009(RABU)bermula jam 5.30 ptg.

Berikut adalah gambar2 hebat yang telah dirakam oleh Jurugambar Profesional iaitu En.Fizi:-














Tiada ulasan:

Catat Ulasan