Jumaat, 17 Julai 2009

KEUNGGULAN BOLA TAMPAR KERIAN


Pada 11 Julai 2009,hari sabtu yang lalu telah diadakan kejohanan Sukan Tiga Penjuru bagi acara bola tampar.Acara bermula dari jam 9.00pagi hingga 1.00petang bertempat di Gelanggang Bomba,Parit Buntar.Pertandingan tersebut diadakan secara karnival dimana setiap pasukan perlu bermain 2 kali dan bagi perlawanan akhir pasukan tempat pertama akan bertemu pasukan ditempat kedua.PETANDA KERIAN telah muncul sebagai juara dengan mengalahkan SEBERANG PERAI SELATAN di Final.Syabas buat semua ahli pasukan bola tampar PETANDA KERIAN yang telah bermain dengan bersungguh-sungguh demi merebut kejuaraan tersebut.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:-


PERLAWANAN 1 = KERIAN(2) VS SPS(0) = 25-18,25-20

PERLAWANAN 2 = SPS(2) VS B.BAHARU(0) = 25-11,25-16

PERLAWANAN 3 = KERIAN(2) VS B.BAHARU(0) = 25-7,25-15

PERLAWANAN AKHIR = KERIAN(3) VS SPS(1) = 20-25,25-19,25-16,25-17

Pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih diatas penglibatan semua pihak yang menjayakan acara bola tampar ini yang telah berjalan penuh muhibbah diantara semua pasukan.Sebagai contohnya PETANDA Bandar Baharu terus menunggu hingga tamatnya acara.

Pengurus Pasukan iaitu EN.Giant juga telah bermurah hati menyediakan kek ucapan sempena kejayaan tersebut.


Berikut adalah aksi-aksi menarik di kala pertandingan berlangsung:-













Tiada ulasan:

Catat Ulasan