Selasa, 7 Julai 2009

SEPAKAT BESTARI MEMBAWA BERKAT

4 Julai 2009.Hari Sabtu yang lalu telah diadakan Majlis Sepakat Bestari Daerah Kerian bertempat di Pinggiran Sungai Kerian, Parit Buntar.Majlis tersebut telah bermula dari jam 9.30pagi sehingga 5.00 petang.Program tersebut dirasmikan oleh Y.B Dato'Hamidah Bt.Osman selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri,Pelaburan,Pembangunan Usahawan,Pelancongan Dan Hal Ehwal Wanita Negeri Perak(EXCO)bertempat di Dewan Merdeka.Turut berucap pada majlis tersebut adalah Pengarah Penerangan Negeri Perak dan juga Tuan Pegawai Daerah Kerian yang juga Penasihat Kelab Petanda Kerian.Sebanyak 25 agensi kerajaan yang turut terlibat mengadakan gerai pameran membabitkan agensi Kerajaan Negeri,Persekutuan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.Adalah dianggarkan 2000 pengunjung telah hadir memeriahkan suasana untuk sepanjang Program yang dijalankan.
Ramai juga ahli2 Kelab PETANDA Kerian telah turut terlibat secara langsung dalam menjayakan program tersebut.Sebagai contohnya Pejabat Tanah Kerian telah membuka gerai bagi menyediakan perkhidmatan Pameran Teknikal,Kutipan Cukai Tanah,Pertanyaan Urusan Pentadbiran Tanah,Urusan Penilaian Tanah & Stamping dan juga Pengesahan Salinan Sah.
Yang paling best sekali adalah Peraduan Teka Anak Ikan Seluang Dalam Balang yang belum pernah kedengaran dibuat lagi.Dan yang paling bestnyer En.Roslan selaku Idola ramai Ahli Kelab telah berjaya meneka dengan hampir tepat dan berjaya menggondol tempat Ke-3 dan membawa pulang hamper.
Syabas dan terima kasih dari Kelab Petanda Kerian kepada ahli2 kelab yang telah sentiasa bertukus lumus dalam menjayakan sebarang program yang dianjurkan, jasa anda sentiasa kami hargai.

Berikut adalah gambar2 menarik yang sempat dirakam sekitar majlis berlangsung:-
































Disebelah petangnya telah berlangsung perlawanan bola jaring dimana Petanda Kerian telah turut serta dengan mengalahkan RELA DAERAH KERIAN, KOMUNITI SELINSING DAN KOMUNITI SEMANGGOL,tetapi tewas Final dengan KOMUNITI BAGAN TIANG 7-3. Syabas buat pasukan bola jaring yang mempamerkan aksi permainan yang amat baik sekali dengan muncul sebagai Naib Johan kejohanan.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sewaktu perlawanan:






Tiada ulasan:

Catat Ulasan