Rabu, 3 Jun 2009

SUKAN TIGA PENJURU


Semalam telah diadakan mesyuarat kali kedua melibatkan tiga kelab Petanda iaitu Petanda Kerian, Perak, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Bandar Baharu, Kedah untuk merancang sebuah kejohanan sukan melibatkan tiga kelab tersebut. Semua wakil kelab telah bertemu di Bilik Kelisa, Pejabat Tanah Kerian yang dipengerusikan oleh Naib YDP1 Petanda Kerian yang mewakili Tuan YDP yang terpaksa berada di Ipoh atas urusan lain.



Mesyuarat kali ini juga lebih membincangkan mengenai isu-isu teknikal dan pengurusan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh ketiga-tiga kelab dalam melaksanakan sukan tersebut. Hasilnya, kejohanan tersebut dijangka akan dilangsungkan selepas cuti persekolahan seperti berikut (tertakluk kepada perubahan):

1. Badminton (tuan rumah: SPS - DSB, SPS) - 15, 17 & 19 Jun 2009
2. Tenpin Bowling (tuan rumah: SPS - Megamall) - 26 Jun 2009
3. Sepak Takraw (tuan rumah: B.Baharu - Dewan Serdang) - 4 Julai 2009 (Karnival)
4. Bola Sepak (tuan rumah: B.Baharu - Pdg. Bandaran) - 9, 16 & 23 Julai 2009
5. Bola Jaring (tuan rumah: Kerian - Pdg. Bandaran) - 7, 14 & 21 Julai 2009
6. Bola Tampar (tuan rumah: Kerian - Gelanggang Bomba PB) - 11 Julai 2009 (Karnival)

Jadual lengkap perlawanan akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Biro Sukan & Rekreasi, Kelab Petanda Kerian:
En. Azam (012-5674417), En. Hamizan (012-4356260) atau En. Tajudin (012-5840961).






Tiada ulasan:

Catat Ulasan