Selasa, 16 Jun 2009

MAKLUMAN - SUKAN TIGA PENJURU

Kepada semua ahli kelab Petanda Kerian yang telah dipilih menyertai Sukan Tiga Penjuru dalam apa juga acara, diharap dapat memberikan komitmen untuk memastikan perjalanan sukan ini dapat berlangsung dengan lancar.

Sekiranya tuan/puan tidak berminat untuk menyertai acara ini sama ada atas sebab peribadi, kesihatan atau lain-lain hal, sila maklumkan lebih awal kepada pengurus pasukan masing-masing atau Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi supaya TIDAK MENIMBULKAN MASALAH kepada semua pihak yang terlibat.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan