Selasa, 29 Mac 2011

OPERASI ROBOH RUMAH HARAM





Selasa 29 Mac 2011, PPMS Batu 6, Bukit Merah. Operasi merobohkan sebuah rumah haram yang telah didirikan di atas tanah kerajaan yang juga tapak untuk kawasan Dewan Orang Ramai telah dijalankan. Operasi bersepadu tersebut melibatkan 64 orang anggota penguatkuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan iaitu Pejabat Tanah Kerian, Pejabat PTG Ipoh, PDRM, MDK, JPS, IADA, dan RELA Daerah Kerian.

Operasi diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Kerian iaitu Firdaus Farid Bin Abd Rashid. Tempoh operasi bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Menurut ketua operasi, tujuan tindakan penguatkuasaan adalah bagi melaksanakan peraturan ke atas pencerobohan tanah kerajaan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Pemilik bangunan juga telah diberi notis amaran sebanyak 3 kali sejak tahun 2009 lagi. Namun pemilik bangunan tersebut masih engkar dan terus-menerus mendirikan bangunan haram tersebut.

Menurut ketua operasi lagi tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil bagi menghalang mana-mana pihak dari mengambil kesempatan mendirikan rumah haram dan juga jual-beli secara haram ke atas tanah kerajaan. Tindakan penguatkuasaan juga akan diperhebatkan lagi selepas ini di kawasan-kawasan tanaman kelapa sawit secara haram yang semakin berleluasa di Daerah Kerian khususnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan