Jumaat, 16 Julai 2010

HARI KELUARGA KELAB PETANDA KERIAN 2010 & MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009




7.30pg-11.45pg.(Padang Bandaran)
Pendaftaran
Sukaneka
Cabutan bertuah

12.00tgh.-2.00ptg (Dewan Merdeka)
Penyampaian Anugerah perkhidmatan cemerlang, perkhidmatan terpuji,sijil kepada penjawat awam yang lulus periksa PTK & menerima anjakan gaji, penyampaian cenderahati kepada penjawat awam yang bersara, nyanyian karaoke.

2.15ptg-5.30ptg
Cabutan Bertuah
In-Door Game - Karom, Congkak & Dart (Dewan Merdeka)
Out-Door Game - Bola Sepak & Bola Jaring ( Padang Bandaran)
Penyampaian Hadiah.

Isnin, 12 Julai 2010

KEMBARA BUKIT SEMANGGOL 2010
















Bukit Semanggol, Sabtu 11 Julai 2010 program mendaki Bukit Semanggol telah pun dijalankan oleh Kelab PETANDA KERIAN dengan disertai 46 orang Ahli2 Kelab bersama keluarga ahli dan termasuk 5 orang penduduk tempatan yang bertindak sebagai jurupandu arah.

Aktiviti riadah bermula seawal jam 7.30pagi dengan berkumpul di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Gunong Semanggol. Aktiviti ini turut disertai Tuan Pegawai Daerah Kerian & juga Y.D.P Kelab PETANDA KERIAN.

Bukit Semanggol sebenarnya telah lama popular dikalangan kelab2 belia dan pelajar2 sekolah disekitar negeri Perak untuk aktiviti 'Jungle Tracking'. Jalan masuk bermula adalah melalui belakang Masjid An-Nur,Kg. Bukit Semanggol. Dan perjalanan pendakian mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Ketinggian puncak Bukit Semanggol adalah 1270 kaki dari aras laut.

Kembara pada hari tersebut berjalan lancar dengan berbagai faedah diperolehi seperti keakraban sesama ahli & keluarga, membina sifat sabar & peningkatan kesungguhan serta kerjasama, meningkatkan tahap kecergasan & stamina dan pelbagai hasil positif dapat diperolehi.

Dari atas puncak Bukit Semanggol tersebut dapat diimbaukan panorama topografi yang membentang luas bagaikan pandangan "Google-Earth'. Sawah2 padi, kolam2 arowana, Kolam Bukit Merah, aliran2 sungai,ciptajadi seperti Lebuhraya Utara-Selatan semuanya dapat dihayati dengan penuh mengasyikkan.

Pandangan yang dapat diperolehi adalah meliputi sebahagian besar Mukim Gunong Semanggol, Mukim Selinsing, Mukim Bagan Serai dan juga Daerah Larut Matang.

Semoga aktiviti Kembara ini akan dapat dijadikan acara berterusan buat Kelab PETANDA KERIAN dengan penerokaan bukit2 lain pula seperti Bukit Padang Ragut dan Bukit Merah.