Khamis, 22 April 2010
Selasa, 20 April 2010
NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KELAB PETANDA KERIAN KALI KE-19 TAHUN 2010
SEMUA AHLI-AHLI KELAB PETANDA KERIAN
Tuan/puan,
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan merujuk kepada perkara, bahawa Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Petanda Kerian kali ke-19 akan diadakan seperti butiran.
TARIKH:29 APRIL 2010 (KHAMIS)
MASA:3.00 PETANG
TEMPAT:BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH KERIAN
Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dengan hormatnya di jemput hadir & harap tidak diuzurkan.
Daripada: SETIAUSAHA KELAB PETANDA KERIAN.
Khamis, 15 April 2010
SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BARU.
Pihak Kelab PETANDA Kerian merakamkan ucapan selamat maju jaya dan ucapan terima kasih yang tak terhingga diatas sumbangan mereka selama ini untuk kelab. 3 orang kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian yang bertukar adalah seperti berikut:-
1. PUAN NOR ASYIKIN BT. ATAN
-Bertukar ke Pej.Veteriner Daerah Kerian-20 April 2010
2. PUAN FAZILAH BT. MOHD. RASHID
-Bertukar ke Pej. JKR Taiping-20 April 2010
3. CIK SYAFIAH BT. AHMAD TASIR
-Bertukar ke Pej.S.U.K, Ipoh-20 April 2010
Selasa, 6 April 2010
LAWATAN D.Y.T.M RAJA MUDA PERAK & D.Y.T.M RAJA PUAN BESAR PERAK KE DAERAH KERIAN
Pada 26.03.2010 hari jumaat yang lalu. D.Y.T.M Raja Muda Perak & Raja Puan Besar telah berangkat mencemar duli mengadakan lawatan kerja ke Daerah Kerian.Keberangkatan baginda turut disertai bersama Dif-dif kehormat,VVIP dan juga VIP negeri Perak.Antara yang hadir adalah Menteri Besar Negeri Perak.Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,Mufti Negeri perak dan ramai lagi pemimpin tertinggi turut mengiringi.
Daerah Kerian amat beruntung dengan lawatan D.Y.T.M tersebut kerana banyak peruntukan dapat disalurkan dan juga program ini telah mendekatkan lagi rakyat dengan pimpinan atasan.
Berikut adalah program seharian D.Y.T.M di daerah Kerian:
JAM 9.30PAGI.- KETIBAAN DYTM RAJA MUDA PERAK
JAM 10.00PAGI-TAKLIMAT PEMBANGUNAN DAERAH KERIAN DI BILIK GERAKAN PEJ.DAERAH & TANAH KERIAN
JAM 11.30PAGI-LAWATAN KE KAUNTER PEJABAT TANAH KERIAN & PEJABAT OBJ KERIAN.
JAM 12.00TGH-2.00PTG - SANTAPAN DIRAJA DI DEWAN SERI KERIAN DAN SOLAT JUMAAT DI MASJID DAERAH KERIAN
3.00 PETANG-MAJLIS BERSAMA RAKYAT DI SEK.REN.(JENIS)KEB NAM HWA,TG.PIANDANG.
4.30 PETANG-LAWATAN KE PEJABAT MARITIM KUALA KURAU & TERNAKAN IKAN DALAM SANGKAR
JAM 6.00 PETANG-BEBERANGKATAN PULANG D.Y.T.M RAJA MUDA PERAK & D.Y.T.M RAJA PUAN BESAR PERAK DENGAN HELIKOPTER DI SEK.MEN.BATU 14,KUALA KURAU.
Langgan:
Catatan (Atom)