Sabtu, 13 Februari 2010

LAWATAN KELAB PEJ. DAERAH & TANAH HULU TERENGGANU KE DAERAH KERIAN.




























Parit Buntar-Rombongan seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada 26 orang lelaki dan 12 wanita yang merupakan penjawat awam Pejabat Daerah & Tanah Hulu Terengganu telah berkunjung ke daerah Kerian pada 28 Januari 2010.

Rombongan tersebut telah disambut baik oleh Kelab PETANDA Kerian dengan diadakan berbagai aktiviti yang dapat menjalinkan kemesraan diantara Kelab.Pada sebelah siangnya sebahagian dari ahli rombongan telah dibawa melawat ke salah sebuah Tapak Ternakan Ikan Arowana di Padang Lalang, Gunong Semanggol.Rombongan tersebut juga telah bermalam di Parit Buntar Inn.

Diantara program yang dijalankan adalah perlawanan bola sepak dan juga bola jaring diantara PDT Hulu Terengganu dengan PDT Kerian. Disebelah malamnya diadakan jamuan makan, penyampaian cenderahati dan juga persembahan lagu karaoke.