Jumaat, 12 Julai 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH BERSAMA PEGAWAI DAERAH

Dimaklumkan bahawa Pegawai Daerah Kerian akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan solat Tarawikh sepanjang bulan Ramadhan tahun 1434H/ 2013M ini di masjid dan surau terpilih di Daerah Kerian.

Oleh itu semua pegawai & kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian adalah dialu-alukan untuk turut serta bagi mengimarahkan masjid & surau tersebut. 
Berikut adalah jadual program tersebut:
15 Julai 2013 - Mukim Kuala Kurau - Maasjid Al-Taufiqiah, Kuala Gula
16 Julai 2013 - Mukim Gunung Semanggol - Majlis Perasmian Masjid Kampung Kubu     Gajah Oleh DYMM Pemangu Raja Perak Darul Ridzuan.
17 Julai 2013 - Majlis Berbuka Puasa Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian di Masjid Daerah Parit Buntar.
19 Julai 2013 - Mukim Parit Buntar - Masjid Hijau, Kampung Kedah.
22 Julai 2013 - Mukim Bagan Tiang - Surau Parit Lintang, Kg. Tanah Baru.
24 Julai 2013 - Mukim Bagan Serai - Surau Kg. Parit Hassan.
25 Julai 2013 - Mukim Tanjung Piandang - Masjid Al-Ahmadi, Sg. Labu Atas.
29 Julai 2013 - Mukim Selinsing - Masjid Sungai Kepar.
31 Julai 2013 - Mukim Beriah - Masjid Changkat Lobak.
1 Ogos 2013 - Mukim Gunung Semanggol - Masjid Kg. Padang Lalang.
Majlis Bermula pada jam 6.30 Petang hingga 10.30 Malam.
Bagi kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian yang menjalankan tugas di majlis tersebut.
selamat menjalankan tugas...

 

 

RAMADHAN YANG MULIA

Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia buat warga Petanda Kerian dan umat islam sedunia

Jumaat, 5 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT TARAWIKH BERSAMA PEGAWAI DAERAH KERIAN KE MUKIM2 DI DAERAH KERIAN TAHUN 1432H/ 2011M


Dimaklumkan bahawa Pegawai Daerah Kerian akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan solat Tarawikh sepanjang bulan Ramadhan tahun 1432H/ 2011M ini di masjid dan surau terpilih di Daerah Kerian.

Oleh itu semua pegawai & kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian adalah dialu-alukan untuk turut serta bagi mengimarahkan masjid & surau tersebut.
Berikut adalah jadual program tersebut:
(B)=BERBUKA
(T)=SOLAT TARAWIKH

4.8.2011(KHAMIS)-MASJID TELUK MEDAN,MUKIM BAGAN SERAI(B)&(T)


5.8.2011(JUMAAT)-SURAU PARIT TG.PIANDANG(B)& MASJID TG.PIANDANG,MUKIM TG.PIANDANG(T)


10.8.2011(RABU)-MASJID SG.SETAR,MUKIM PARIT BUNTAR(B)&(T)


12.8.2011(JUMAAT)-MASJID KUBU GAJAH,MUKIM GUNONG SEMANGGOL(B)&(T)
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DYAM RAJA DIHILIR PERAK.


15.8.2011(ISNIN)-MASJID DAERAH KERIAN,MUKIM PARIT BUNTAR(B)&(T)
MAJLIS BERBUKA PUASA PDT KERIAN & KELAB PETANDA KERIAN


16.8.2011(SELASA)-SURAU PARIT HJ.ALI(B)& SURAU 1 PARIT HJ.KASSIM(T),MUKIM BERIAH


18.8.2011(KHAMIS)-MASJID AL-AMIN,KG.SELINSING,MUKIM SELINSING(B)&(T)


25.8.2011(KHAMIS)-SURAU PARIT TOK NGAH ATAS,MUKIM BAGAN TIANG(B)&(T)


26.8.2011(JUMAAT)-SURAU KG.TOK NGAH(B) & SURAU KG.HJ.TAIB(T),MUKIM KUALA KURAU

Selasa, 12 Julai 2011

MALAM JASAMU DI KENANG PEGAWAI DAERAH KERIAN











Khamis, 30 Jun 2011 bertempat di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar telah diadakan Majlis Khas buat tuan Pegawai Daerah Kerian Tuan Haji Ismail Bin Hassan yang bertukar ke Pejabat Daerah & Tanah Kampar berkuatkuasa 1 julai 2011.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Ahmad Azam Bin Haji Abdullah. Seterusnya ucapan aluan oleh Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan (Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian-Tanah).Turut berucap mewakili penjawat awam Pejabat Daerah & Tanah Kerian adalah En. Abdul Rahaman B. Abd. Aziz.
Pada malam tersebut turut diadakan serentak penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2010 bagi 8 orang penerima, Anugerah Sijil Perkhidmatan Kepujian bagi 17 penerima dan juga Kelulusan Pergerakan Gaji Tahun 2011 bagi 4 orang penerima.Berikut adalah senarai nama penerima:


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010
Menerima sijil, wang RM1000 dan cenderahati.
1.EN.MA'MAOR B. NASRI-PEMANDU-PEJABAT DAERAH KERIAN
2.PN.ROKIAH BT. HARUN-PEMB.TADBIR(KEW)-PEJABAT DAERAH KERIAN
3.PN.NUR KHAIRIAH BT. ABDULLAH-PEMB.TADBIR(KESETIAUSAHAN)-PEJABAT DAERAH KERIAN
4.PN.HANIZA BT. MAHAMUDIN-PEM.TADBIR(TING.KANAN)-PEJABAT TANAH KERIAN
5.EN.NOOR HAMIZAN B. HASNAN-PENOLONG PEGAWAI TANAH-PEJABAT TANAH KERIAN
6.EN.FIRDAUS FARID B. ABD RASHID-PENOLONG PEGAWAI DAERAH(TANAH)-PEJABAT TANAH KERIAN
7.EN.FAHARIL ZAABA B. MAHAYUDIN-PENOLONG JURUTERA-PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
8.EN.MOHAMAD B. ESLAH-PENGHULU-PEJABAT PENGHULU MUKIM TANJONG PIANDANG


ANUGERAH SIJIL PERKHIDMATAN KEPUJIAN 2010
Menerima sijil dan cenderahati.
1.PN.ANITA BT. AMRI-PENOLONG PEGAWAI DAERAH(TANAH)-PEJABAT TANAH KERIAN
2.EN.NASIR B. MD. SALLEH-PENOLONG PEGAWAI TADBIR-PEJABAT DAERAH KERIAN
3.EN.AHMAD LATHPI B. HISHIM-PENGHULU-PEJABAT PENGHULU MUKIM GUNONG SEMANGGOL
4.EN.MOHD.ROSLAN B.MOHD.ALI-PENOLONG PEGAWAI TANAH(TING. KANAN)-PEJABAT TANAH KERIAN
5.EN.KAMARUZAMAN B. MOHAMED SANI-PENOLONG PEGAWAI TANAH-PEJABAT TANAH KANAN
6.EN.AMIRUL RAZIF B. SALEH NORDIN-PENOLONG PEGAWAI TANAH-PEJABAT TANAH KERIAN
7.EN.MOHD. HANIFF B. ISMAIL-PENOLONG PEGAWAI TANAH-PEJABAT TANAH KERIAN
8.EN.MOHD. FADIL B. MAT ARIS-PENOLONG PEGAWAI TANAH-PEJABAT TANAH KERIAN
9.EN.MOHD. AMIN B. OSMAN-PENOLONG PEGAWAI TANAH-PEJABAT TANAH KERIAN
10.EN.SHAARI B. YAN-KERANI PENGHULU-PEJABAT PENGHULU GUNONG SEMANGGOL
11.CIK NORIATUL HUDA BT.ARBAIN-PENOLONG PEGAWAI TADBIR-PEJABAT TANAH KERIAN
12.PN.NORHAFIZAH BT.MOHD. ADLI-PEMB. TADBIR-PEJABAT DAERAH KERIAN
13.PN.NORLIZA BT. MOHD. SOHAILI-PEMB. TADBIR-PEJABAT TANAH KERIAN
14.PN.SITI JAMEAH BT.IBRAHIM-PEMB. TADBIR-PEJABAT TANAH KERIAN
15.PN.RATHA A/P ANNAMALAY-PEMB.TADBIR-PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
16.PN.ZAINAH BT. SAIDI-PEMB.TADBIR(KEW.TING.KANAN)-PEJABAT TANAH KERIAN
17.PN.NURDIANA BT. ABD. LATIB-PENOLONG PEGAWAI DAERAH-PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


KELULUSAN PERGERAKAN GAJI TAHUN 2011
Menerima sijil & cenderahati
1.EN.RODZI B. TAHIR-KERANI PENGHULU-PEJABAT PENGHULU MUKIM TANJONG PIANDANG
2.EN.MOHD.IZAZI B. ZAILANI-KERANI PENGHULU-PEJABAT PENGHULU MUKIM PARIT BUNTAR
3.EN.ABDUL HAMID B. SHAHDAN-KERANI PENGHULU-PEJABAT PENGHULU MUKIM BERIAH
4.EN.SHAARI B.YAN-KERANI PENGHULU-PEJABAT PENGHULU MUKIM GUNONG SEMANGGOL

Khamis, 14 April 2011

OPERASI CINCANG TANAMAN HARAM











Khamis 14 April 2011, bertempat di Batu 7, Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah telah diadakan operasi secara bersepadu melibatkan 9 agensi penguatkuasa yang terdiri daripada Pejabat Tanah Kerian, Pejabat Tanah & Galian Negeri, Pejabat Tanah Larut Matang, JUPEM Taiping, I.A.D.A, JPS, JKR, PDRM dan RELA. Jumlah kekuatan anggota seramai 100 orang.

Operasi bermula jam 8.00pagi sehingga 11.00pagi melibatkan kerja-kerja memusnahkan tanaman kelapa sawit, pisang, limau dan betik yang ditanam secara haram di atas tanah kerajaan seluas 60 ekar yang juga akan dibangunkan kerajaan dengan Projek Rancangan Perkampungan Tersusun.

Operasi diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Firdaus Farid B. Abd Rashid. Beliau memaklumkan pernerokaan haram ini telah dikesan sejak 2-3 tahun lagi dan beberapa siri operasi memusnahkan tanaman dan kerja-kerja menampal notis telah dilaksanakan namun pihak peneroka haram masih meneruskan kerja-kerja penerokaan hingga keluasan penerokaan haram kian meluas.

Dari segi seksyen 48 Kanun Tanah Negara 1965 menyatakan 'Tiada Pemilikan Menentang Terhadap Kerajaan' yang bermaksud seseorang tidak boleh meneroka secara haram untuk memperolehi hakmilik. Justeru itu beliau menasihatkan sebarang urusan jual beli tanah perlulah melalui prosedur yang sah dan rujukan kepada mana-mana Pejabat Tanah terlebih dahulu bagi sebarang urusan tanah.

Operasi memusnahkan tanaman ini adalah bertepatan dengan seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang juga menjamin keadilan bagi permohonan menerusi saluran yang sah dan juga bagi mengekang aktiviti sindiket penjualan ke atas tanah-tanah kerajaan.