Khamis, 31 Mac 2011

MESYUARAT PENETAPAN JADUAL KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU 2011



En. Mohd. Tajuddin Bin Othman setiausaha kehormat Biro Sukan & Rekresi Kelab PETANDA Kerian(duduk sebelah kiri)


Khamis 31 MAC 2011 bertempat di Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu, Kedah. Telah diadakan satu mesyuarat yang akan melibatkan 3 buah negeri yang juga daerah bersempadan iaitu Mesyuarat penetapan jadual kejohanan sukan 3 penjuru 2011. Kejohanan sukan yang telah dihidupkan kembali sejak tahun 2009 akan membuka tirainya kembali untuk tahun 2011.

3 buah kelab yang akrab akan mengembleng tenaga bagi penganjuran kejohanan tersebut. Mesyuarat telah dihadiri wakil-wakil dari PETANDA Bandar Baharu, Kedah, PETANDA Kerian, Perak, dan juga KESDATA Seberang Jaya Selatan.

Berikut adalah jadual waktu kejohanan yang akan berlangsung..Sama-samalah kita semua untuk turut serta dalam memeriahkan lagi kejohanan tradisi penuh gilang-gemilang.

Sabtu - 9.04.2011 - sepak takraw (karnival) - BANDAR BAHARU

Sabtu - 23.04.2011 - bola tampar & bola jaring (karnival) - SEBERANG PERAI SELATAN

Sabtu - 7.05.2011 - badminton (karnival) - Dewan Merdeka, KERIAN

Jumaat - 13.05.2011 - tenpin boling (karnival) - Megaline Seberang Jaya

Sabtu - 21.05.2011 - dart & ping pong (karnival) - Dewan Merdeka, KERIAN

Khamis - 2.06.2011 - bola sepak (sps vs bb) - Padang ILP, Nibong Tebal,SPS

Khamis - 9.06.2011 - bola sepak (bb vs krn) - Padang ILP, Nibong Tebal,SPS

Khamis - 16.06.2011 - bola sepak (spa vs krn) - Padang ILP, Nibong Tebal,SPS

Khamis - 23.06.2011 - final bola sepak - Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang

Rabu - 29.06.2011 - Tarik Tali (karnival) - Bandar Baharu

Jumaat - 8.07.2011 - Malam Penutup Kejohanan Sukan 3 Penjuru 2011


0

Selasa, 29 Mac 2011

OPERASI ROBOH RUMAH HARAM





Selasa 29 Mac 2011, PPMS Batu 6, Bukit Merah. Operasi merobohkan sebuah rumah haram yang telah didirikan di atas tanah kerajaan yang juga tapak untuk kawasan Dewan Orang Ramai telah dijalankan. Operasi bersepadu tersebut melibatkan 64 orang anggota penguatkuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan iaitu Pejabat Tanah Kerian, Pejabat PTG Ipoh, PDRM, MDK, JPS, IADA, dan RELA Daerah Kerian.

Operasi diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Kerian iaitu Firdaus Farid Bin Abd Rashid. Tempoh operasi bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Menurut ketua operasi, tujuan tindakan penguatkuasaan adalah bagi melaksanakan peraturan ke atas pencerobohan tanah kerajaan di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Pemilik bangunan juga telah diberi notis amaran sebanyak 3 kali sejak tahun 2009 lagi. Namun pemilik bangunan tersebut masih engkar dan terus-menerus mendirikan bangunan haram tersebut.

Menurut ketua operasi lagi tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil bagi menghalang mana-mana pihak dari mengambil kesempatan mendirikan rumah haram dan juga jual-beli secara haram ke atas tanah kerajaan. Tindakan penguatkuasaan juga akan diperhebatkan lagi selepas ini di kawasan-kawasan tanaman kelapa sawit secara haram yang semakin berleluasa di Daerah Kerian khususnya.