Rabu, 19 Mei 2010

TAHNIAH BUAT AHLI2 KELAB PETANDA KERIAN YANG DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN & PINGAT



Tuan Haji Mad Dan B. Hassan menerima darjah PMP (DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK)



Pihak Kelab PETANDA Kerian merakamkan sekalung tahniah & sejambak penghargaan buat ahli2 kelab yang telah menerima Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Ulangtahun keputeraan D.Y.M.M Sultan Perak yang ke-82.

Istiadat Penganugerahan tersebut telah pun berlangsung di Istana Iskadariah, Kuala Kangsar pada 11 Mei 2010 dimana YDP Kelab PETANDA Kerian dan 3 orang lagi ahli Kelab PETANDA Kerian telah hadir menerima anugerah tersebut.

Penganugerahan ini adalah sebagai tanda diatas khidmat bakti dan jasa2 yang telah disumbangkan kepada negeri Perak khususnya & Malaysia amnya.

Mereka adalah:-


En. Ahmad Lutfi B. Abdul Aziz menerima Pingat PLP (PINGAT LAMA PERKHIDMATAN)






En. Faharil Za'aba B. Mahayudin menerima Pingat PPT (PINGAT PEKERTI TERPILIH)






En. Mohd. Radzi B. Hj. Ahmad Zahari menerima Pingat PJK (PINGAT JASA KEBAKTIAN)

Khamis, 13 Mei 2010

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN 3 PENJURU 2010







Nibong Tebal, 5 mei 2010 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna SPS telah berlangsungnya acara penutup Kejohanan Sukan 3 Penjuru Edisi 2010.Acara bermula pada jam 8.30 malam dengan dihadiri oleh semua atlit-atlit, pegawai-pegawai kejohanan, penjawat-penjawat awam bagi ketiga-tiga Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan, Pejabat Daerah & Tanah Kerian dan Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Puan Pegawai Daerah SPS iaitu Puan Hajah Rohani Bt. Hassan, Tuan Pegawai Daerah Kerian Tuan Haji Ismail B.Hassan, YDP Kelab Sukan & Sosial Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu Tuan Hj.Fadzil dan juga YDP Petanda Kerian Tuan Hj. Mad Dan B. Hassan.

Acara bermula dengan jamuan makan dan diikuti majlis penyampaian pingat-pingat kepada atlit-atlit yang mengambil bahagian. Pada majlis ini Kelab PETANDA Kerian telah dinobatkan sekali lagi buat kali kedua selaku juara keseluruhan iaitu 19 mata dimana SPS ditempat kedua dengan 18 mata dan Bandar Baharu tempat ke-3 dengan 11 mata.

Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu telah dipilih selaku tuan rumah bagi Kejohanan Sukan 3 Penjuru Edisi 2011 yang akan datang. Pihak Kelab Petanda Kerian mengucapkan syabas & ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan temasya ini. Semoga temasya ini akan terus unggul dan dapat dijadikan contoh pada kelab-kelab lain dalam membina keharmonian daerah2 yang bersempadan..