Selasa, 15 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA & PENGISIAN DI BULAN RAMADHAN.






Isnin 14 september 2009, bertempat di perkarangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa anjuran Kelab PETANDA KERIAN. Majlis tersebut bermula pada jam 6.45 ptg. dengan dihadiri oleh kira-kira 100 orang yang terdiri daripada ahli kelab beserta keluarga.


Majlis berbuka puasa ini diadakan bagi memupuk tali silaturrahim sesama ahli di samping pengisian perkara-perkara yang mendapat keberkatan dan pahala di bulan Ramadhan. Tahlil, solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah diikuti solat tarawih mengambil tempat dan tazkirah di akhir majlis.


Tajuk tazkirah pada malam tersebut adalah Kelebihan di Malam-malam Akhir Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Abu Naim. Banyak ilmu yang diperolehi dari tazkirah yang telah disampaikan.


Seperti biasa, majlis berakhir dengan pemakanan tradisi masyarakat Kerian iaitu makan kerang. Kerang pada malam itu didatangkan khas dari Bagan Tiang yang sememangnya cukup terkenal di daerah ini.


PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK PETANDA KERIAN










Saudara Suhaili,
Chef De Mission Buboq Lambok Petanda Kerian














Kegembiraan Makmor menerima bubur lambuk.















Ahli PETANDA KERIAN sentiasa bersatu padu dalam semua bidang.











Bubur lambuk PETANDA yang digilai ramai.











Isnin 14 September 2009, bertempat di Pejabat Daerah & Tanah Kerian telah berlangsungnya Majlis gotong royong menyediakan bubur lambuk sempena bulan Ramadhan Al-Mubarrak. Gotong royong tersebut bermula jam 10.00 pagi dengan kerjasama erat dari wakil-wakil setiap unit dan bahagian.

Kali ini ketua Chef masakan adalah En.Sohaili B.Hamsan. Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk berjaya diedarkan kepada seluruh warga PETANDA KERIAN termasuk juga anggota masyarakat Kerian di kawasan sekitar. Pengagihan bubur lambuk ini juga merupakan tradisi Kelab yang telah bertahun-tahun diadakan.

Sebelum ini juga Pihak Kelab PETANDA KERIAN telah pun selesai mengedarkan kurma buat semua ahli kelab di awal bulan Ramadhan. Semoga program-program berkebajikan ini akan terus hidup di masa-masa mendatang.




Selasa, 8 September 2009

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN SEMPENA RAMADHAN


Sebagaimana dicatatkan dalam posting sebelum ini, program penyerahan bantuan kepada fakir miskin di Daerah Kerian telah berjaya dijalankan pada 2 dan 3 September 2009.

Program ini adalah kerjasama di antara Kelab Petanda, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, KEMAS Daerah Kerian dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu.

Sebanyak 27 keluarga dari Mukim Selinsing, Gunong Semanggol dan Beriah telah menerima sumbangan tersebut. Pada hari kedua pihak YB Alor Pongsu dan Tuan Pegawai Daerah Kerian juga telah sudi meluangkan masa menyampaikan bantuan.
Bantuan yang disampaikan pada hari tersebut adalah berupa makanan, pakaian dan wang tunai. Sumbangan ini disampaikan dari rumah ke rumah kepada mereka yang telah dikenalpasti terlebih dahulu dengan bantuan pihak ketua kampung dan KEMAS Daerah.

Turut hadir ialah Tuan Hj. Mad Dan bin Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian merangkap YDP Kelab Petanda Kerian, Pegawai KEMAS Daerah dan kakitangan, Encik Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Penolong Pegawai Daerah Kerian (Pembangunan), En. Firdaus Farid bin Abd Rashid, Penolong Pegawai Daerah Kerian (Tanah), Ketua-ketua Kampung berkenaan dan AJK Biro Hal Ehwal Wanita (HAWA) serta ahli Kelab Petanda Kerian.
Bagi penduduk di Kawasan Parlimen Parit Buntar pula, program penyerahan bantuan ini akan diadakan pada 10 September 2009.
Pihak Kelab Petanda Kerian, merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan usaha dan kerja keras anda. Semoga diberkati Allah SWT.

Rabu, 2 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB PETANDA KERIAN

Satu majlis berbuka puasa anjuran Kelab Petanda Kerian akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14 September 2009 (24 Ramadhan 1430)
Hari : Isnin
Masa : 6.45 petang

Semua ahli kelab dan keluarga adalah dijemput hadir. Sila dapatkan surat makluman, aturcara majlis dan borang pengesahan kehadiran daripada Pengerusi atau AJK Biro Kebajikan di unit anda. Terima kasih.

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PEJABAT DAERAH & TANAH KERIAN

Parit Buntar, Selasa, 1 september 2009 bertempat di Dewan Serbaguna dan perkarangan Masjid Daerah Kerian telah diadakan Majlis Berbuka Puasa anjuran Pejabat Daerah & Tanah Kerian dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar.
Majlis berbuka puasa ini turut diserikan dengan kehadiran tuan Pegawai Daerah Kerian iaitu tuan Ismail B. Hasssan. Turut hadir bersama adalah Tuan Haji Mad Dan B.Hassan (Ketua Penolong Pegawai Daerah-Tanah Kerian), Penghulu-penghulu Mukim dan kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Kerian.
Majlis berbuka puasa ini dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat dikemudikan oleh Imam Tuan Haji Abdul Wahab B. Arshad dan Imam Tuan Haji Harun. Bacaan tahill dan doa selamat ini turut di aminkan oleh hampir 120 orang hadirin.Majlis berbuka puasa ini menempatkan muslimin di dalam Dewan Serbaguna Masjid dan muslimat dibawah khemah di perkarangan masjid.
Hidangan nasi beriyani dan lauk-pauk yang lazat menjadi juadah hadirin berbuka puasa. Majlis diakhiri dengan solat Magrib secara berjemaah.