Rabu, 29 Julai 2009

PENGUMUMAN PENTING


Pihak KELAB PETANDA KERIAN ingin memaklumkan bahawasanya Program Hari Keluarga 2009 yang telah dirancang di paparan dalam blog bertarikh 21 julai 2009 adalah ditangguh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Pihak Kelab ingin memohon maaf diatas perkara tersebut.Tempat,tarikh & waktu yang baru akan diumumkan kelak.

Adalah diharapkan supaya semua ahli2 dapat bersabar dan menunggu pengumuman baru.Dan borang penyertaan masih terbuka dan masih boleh dihantar kepada urusetia Program Hari Keluarga 2009.

KEPUTUSAN SEPAK TAKRAW 3 PENJURU


Pada 18 julai 2009(sabtu), bertempat di Dewan Serdang,Bandar Baharu,Kedah telah diadakan acara sepak takraw 3 penjuru secara karnival.Perlawanan dimulakan pada 9.00pagi hingga tamat perlawanan jam 2.00petang.Setiap pasukan menghantar 3 pasukan takraw dengan Kerian berjersi kuning dan biru/putih, S.P.S berjersi biru dan Bandar Baharu berjersi merah.Kemenangan dikira berdasarkan oleh 'Best Of Three' dimana Bandar Baharu telah muncul sebagai johan dengan mengalahkan Kerian 2-1 di Final.

KEPUTUSAN PERLAWANAN:-

PERLAWANAN 1 = BANDAR BAHARU(2) VS KERIAN(1)

PERLAWANAN 2 = KERIAN(2) VS SPS(1)

PERLAWANAN 3 = BANDAR BAHARU(3) VS SPS(0)

FINAL = BANDAR BAHARU(2) VS KERIAN(1)


JOHAN:BANDAR BAHARU
NAIB JOHAN:KERIAN
KE-3:SPS


Pihak Kelab merakamkan syabas diatas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Ketiga-tiga Kelab yang bertanding yang penuh dengan kesetiakawanan.Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada tuan rumah iaitu Bandar Baharu yang cemerlang dalam penyediaan makan dan minum pemain-pemain.

Berikut adalah orang2 kuat pasukan Takraw KELAB PETANDA KERIAN:-

PENGURUS PASUKAN:MOHD.AMIN B.OSMAN
JURULATIH:AHMAD SOFI B.ZAINON
KAPTEN PASUKAN 1:KHAIRUL MAZLI B.BAHRUDIN(MAT JOHN)
KAPTEN PASUKAN 2:MOHD.TAJUDDIN B.OTHMAN(DIN TOGEY)
KAPTEN PASUKAN 3:JUHARI B.YANG(SUPARJOE)

Berikut adalah aksi2 spontan dikala perlawanan berlangsung:-

Petanda Kerian berjersi kuning, Bandar Baharu berjersi merah



Summersoult berputar oleh Mat John



Peminat2 fanatik cilik memukul botol minerel tanda sokongan kepada Petanda Kerian



Lipat Hip Hop oleh Bandar Baharu



Aksi Din Panjang



Mat John memujuk anak



Hantaran Halilintar dari Bandar Baharu



Trio Otai



Smashing Pumpkins oleh S.P.S



En.Amin selaku Pengurus Pasukan takraw Petanda Kerian



Din Togey membuat Servis Kuda



Saiz bukan penghalang



Lipat Rempit VS Drift dari Mat John



Tandukan kilas dari S.P.S



Kapten Juhari Petanda Kerian(sebelah kanan) bersalaman dengan Kapten S.P.S



Gembira rai kemenangan dalam game oleh Pasukan 2 Petanda Kerian



En.Syam A.D.O tekong cemerlang



Bos Bandar Baharu



En.Sofi jurulatih keletihan dok hujung kiri



Trio tanpa kalah bagi setiap game

Isnin, 27 Julai 2009

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

BIRO HAL EHWAL WANITA KELAB PETANDA KERIAN SEDANG MENJALANKAN KEMPEN MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM YANG KURANG BERNASIB BAIK. AHLI-AHLI YANG BERHASRAT MENDERMA BOLEHLAH BERBUAT DEMIKIAN SEBELUM RAMADHAN 1430 YANG AKAN MENJELANG TIDAK LAMA LAGI.

BANTUAN YANG DIHULURKAN BOLEHLAH DALAM BENTUK KEWANGAN, MAKANAN DAN MIMUNAN, PAKAIAN (BARU ATAU TERPAKAI), PERUBATAN DAN SEBAGAINYA YANG DIFIKIRKAN SESUAI.

AHLI-AHLI YANG INGIN BERBUAT DEMIKIAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI AJK BIRO WANITA KELAB YANG TELAH DILANTIK.
(SILA RUJUK SENARAI NAMA AJK DALAM POSTING TERDAHULU)

SEMOGA SUMBANGAN ANDA DIBERKATI ALLAH DAN DAPAT MERINGANKAN BEBAN MEREKA YANG KURANG BERNASIB BAIK. TERIMA KASIH.

Khamis, 23 Julai 2009

MAJLIS PERPISAHAN PERSARAAN & TAMAT PRAKTIKAL

22 Julai 2009(RABU) jam 4.30ptg. telah diadakan Majlis Perpisahan khas untuk Persaraan En.Nik Ramli B.Nik Hassan yang juga lebih mesra dikenali oleh rakan2 sebagai Pak Cu Nik.Pihak Kelab merakamkan ucapan penghargaan setinggi-tingginya buat Pak Cu Nik yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam dan juga sebagai ahli Kelab PETANDA Kerian yang paling terlama iaitu selama 41 tahun.

Berikut adalah maklumat perkhidmatan beliau dalam kerajaan selama ini:-

3.08.1953=tarikh beliau dilahirkan

15.08.1968-30.06.1982=Pembantu Am Rendah di Pejabat Tanah Kerian,Parit Buntar

1.07.1982-31.05.1990=Pembantu Am Rendah di JKR Parit Buntar

1.06.1990-31.01.2003=Pembantu Am rendah di Pej.Pertanian Kerian,Parit Buntar

1.02.2003-3.08.2009=Pembantu Am Rendah di Pejabat Tanah Kerian,Parit Buntar
(mula bercuti 23 Julai 2009)



















Antara yang hadir




















Khusyuk mendengar ucapan perpisahan Pak Cu Nik




















Rakan lama



















Pak Cu Nik berucap selama 1/2 jam




















Menerima hadiah daripada Tn.Hj.Mad Dan B.Hassan(KPPD-T)









Turut diraikan pada majlis tersebut adalah Cik Fatiyah Bt.Mokhtaruddin Saad.Beliau telah pun selesai menjalani praktikal di Pejabat Tanah Kerian untuk selama 3 bulan dan berakhir pada 24 Julai 2009.Beliau adalah merupakan pelajar di Universiti Malaysia Sabah yang mengambil jurusan Kewangan.





















Menerima hadiah tamat praktikal.

EN.NASIR E.O DAPAT ORANG BARU


Pihak KELAB PETANDA KERIAN ingin mengucapkan tahniah kepada En.Mohd.Nasir B.Md.Saleh yang telah mendapat 'orang baru'pada 15 Julai 2009 yang lalu.Yang dimaksudkan 'orang baru' tu sebenarnya bukanlah isteri baru tapi sebenarnya adalah cahayamata pertama iaitu anak lelaki.En.Nasir ni adalah penolong pegawai tadbir yang bertugas di Bahagian Pentadbiran & Kewangan Pej.Daerah & Tanah Kerian yang juga adalah ajk Kelab PETANDA KERIAN.

Mudah-mudahan En.Nasir bertambah-tambah lagi rezeki hendaknya dan lagi bertambah-tambah senyum selalu...

BOLA JARING KERIAN TERUS CEMERLANG


Pada 22 Julai 2009(Rabu)bertempat di Padang Bandaran Parit Buntar telah berlangsungnya perlawanan ke-3 SUKAN 3 PENJURU acara BOLA JARING diantara PETANDA KERIAN VS PETANDA BANDAR BAHARU.PETANDA KERIAN terus cemerlang dalam semangat berpasukan hinggakan membuat pihak lawan terpaksa akur dengan corak permainan yang kreatif oleh PETANDA KERIAN.

Hasil semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain2 yang terdiri daripada ahli2 kelab dan juga isteri2 ahli telah membuahkan hasil yang menakjubkan iaitu kemenangan bergaya yang diperolehi oleh PETANDA KERIAN 18 berbalas 2.

Sebelumnya juga KERIAN telah menang bergaya menentang SEBERANG PRAI SELATAN pada 7Julai 2009 (selasa) juga dengan 18 berbalas 2.

Berikut adalah keputusan terkini Bola Jaring 3 Penjuru:-

PERLAWANAN 1-(7 JULAI 2009)=KERIAN(18) VS SPS(2)
PERLAWANAN 2-(14 JULAI 2009)=SPS(3) VS BANDAR BAHARU(7)
PERLAWANAN 3-(22 JULAI 2009)=KERIAN(18) VS BANDAR BAHARU(2)

PERLAWANAN AKHIR (5 Ogos 2009)=KERIAN VS BANDAR BAHARU

Kesemua ahli Kelab dijemput hadir untuk turut serta memberikan sokongan padu pada Final yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2009(RABU)bermula jam 5.30 ptg.

Berikut adalah gambar2 hebat yang telah dirakam oleh Jurugambar Profesional iaitu En.Fizi:-














Selasa, 21 Julai 2009

PROGRAM HARI KELUARGA KELAB PETANDA KERIAN BAGI TAHUN 2009

Sukacita dimaklumkan KELAB PETANDA KERIAN akan mengadakan Program Hari Keluarga PETANDA KERIAN 2009 pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut:-

TARIKH:15.08.2009(sabtu) dan 16.08.2009(ahad)
MASA:12.00TGH (15.08.2009-Check In)
TEMPAT:SRI SENANGIN VILLAGE,TELUK SENANGIN


Adalah dimaklumkan kepada ahli-ahli kelab untuk mengisi Borang Penyertaan dan mengembalikan kepada URUSETIA selewat-lewatnya sebelum atau pada 23.07.2009(khamis)

Ini adalah bertujuan untuk tempahan bilik dan urusan makan & minum pada hari berkenaan.

Adalah diharapkan pihak tuan/puan dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Program Hari Keluarga KELAB PETANDA KERIAN dan didahului dengan ucapan terima kasih.

SENARAI URUSETIA:-

EN.MOHD.TAJUDDIN B.OTHMAN (TEL:012-5840961)

PN.HANIZA BT.MAHAMUDIN (UNIT PENDAFTARAN HAKMILIK PEJ.TANAH KERIAN)

PN.NORLELA BT.NYUB (TEL:012-5718407)