Selasa, 30 Jun 2009

SELAMAT MAJU JAYA



Pihak Kelab PETANDA Kerian merakamkan selamat maju jaya buat Siti Suhaina Bt.Mat Daud (kak yang)diatas sumbangan beliau dalam kelab terutamanya dalam penyertaan sukan bola jaring.Beliau merupakan ahli bersekutu Kelab PETANDA Kerian yang bertugas di KEM.PERDAGANGAN DALAM NEGERI & HAL EHWAL PENGGUNA,CAW.PARIT BUNTAR.Pada 1 julai2009 beliau akan melanjutkan pelajaran di UPSI,Tanjong Malim. Semoga berjaya dalam cita2 dan segala yang diceburi.

Isnin, 29 Jun 2009

MAJLIS RESEPSI TOK MAT

Kelab PETANDA Kerian ingin mengucapkan tahniah sekali lagi diatas kesudian Tok Mat(Penghulu Mukim Tg.Piandang) menjemput kami ke Majlis Perkahwinan yang telah diadakan pada hari ini (Isnin) 29 Jun 2009 bertempat di Dewan Serbaguna JKKK Jalan Pantai, Tanjong Piandang. Majlis telah dimulakan pada jam 10.00pg. dengan bacaan tahlil dan marhaban.Dan diikuti dengan jamuan makan. Majlis telah berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran seluruh penduduk kampung di sekitar Tanjong Piandang.

Berikut adalah gambar2 yang telah diambil sekitar majlis:-





PERTAMBAHAN POPULASI PENDUDUK

Pihak Kelab PETANDA Kerian ingin merakamkan ucapan tahniah kepada En.Shahril Hafizi B.Basharudin dan isterinya Puan Izan Hayani Bt.Abd.Aziz.kerana telah mendapat cahayamata lelaki iaitu anak mereka yang kedua pada hari sabtu yang lalu bersamaan 27 Jun 2009.Kedua-dua pasangan tersebut adalah merupakan ahli Kelab dimana En.Hafizi bertugas di Unit Hasil Pej. Tanah Kerian dan Isterinya Pn.Izan adalah Juruteknik di Unit Pembangunan Luar bandar (PLB) Pej.Daerah Kerian. Semoga dengan kelahiran bayi tersebut dapat memupukkan lagi kasih sayang yang telah terjalin dan mudah-mudahan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin...

Muhammad Aqil Aniq B.Shahril Hafizi

Khamis, 25 Jun 2009

SEMUA PENJAWAT AWAM PEJABAT DAERAH & TANAH KERIAN

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2008 (APC) DAN MAJLIS PERSARAAN BAGI PENJAWAT AWAM PEJABAT DAERAH & TANAH KERIAN.

Pejabat Daerah & Tanah Kerian akan mengadakan Majlis tersebut seperti berikut:

TARIKH : 30 JUN 2009 (SELASA)
MASA : 3.45 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI KERIAN, PARIT BUNTAR

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke majlis tersebut.

SEMUA AHLI KELAB PETANDA KERIAN (BERAGAMA ISLAM)

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASSIN & TAZKIRAH SERTA PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA AHLI KELAB:-

1. YANG KEMATIAN KELUARGANYA
2. YANG TELAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN
3. YANG ANAKNYA BERJAYA MELANJUTKAN KE IPTA/IPTS
4. YANG TELAH MENERIMA KELAHIRAN ANAK
5. YANG MENYAMBUT HARI KELAHIRAN PADA BULAN JUN 2009
6. YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

Dengan hormatnya merujuk perkara diatas dan memaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada tarikh, masa & tempat seperti berikut:

TARIKH: 26.06.2009 (JUMAAT)
MASA : JAM 8.00 PAGI.
TEMPAT: BILIK GERAKAN PEJABAT DAERAH KERIAN





SENARAI PENERIMA SUMBANGAN BIRO KEBAJIKAN:-

YANG ANAKNYA BERJAYA MELANJUTKAN KE IPTA/IPTS

1.EN.ISMAIL B.HASSAN
ANAK, MUHAMMAD IZZAT B.ISMAIL (KE UITM PERLIS)

2.EN.MOHAMMAD NAWAWI B.MOHAMMAD NOR
ANAK, MUHD.SAIFUL AZRI B.MOHAMMAD NAWAWI (KE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU)

3.PN.HANIZA BT.MAHAMUDIN
ANAK, SHAHRULIZAN B.SHAIDAN (KE UNIVERSITI KUALA LUMPUR)

4.PN.ZAINAH BT.MOHD.SAIDI
ANAK, SYAZWANI BT.MOHD.HADZIR (KE UITM SEGAMAT)

5.PN.NUR KHAIRIAH BT.ABDULLAH
ANAK, IQMAL UL IZHAR B.ZAINEE (KE UITM SHAH ALAM)

6.EN.AHMAD SABKI B.OTHMAN
ANAK, AHMAD FAHMI B.AHMAD SABKI (KE UNIVERSITI MULTIMEDIA,MELAKA)

7.PN.NORUL AINI BT.ISHAK
ANAK, AHMAD ZAHIRANI B.ASZHAR (KE USM PULAU PINANG)

8.EN.FADIL B.SUHAIMI
ANAK, MOHD.BAIHARI B.FADIL (KE UTM SKUDAI,JOHOR)

9.EN.MOHD.RADZI B.HJ.AHMAD ZAHARI
ANAK, NURUL DIYANAH BT. MOHD.RADZI (KE UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA)

10.EN.ABDUL HAMID B.SHAHDAN
ANAK, AMIRUL AFFANDI B.ABDUL HAMID (KE UITM SRI ISKANDAR)


YANG TELAH MENERIMA KELAHIRAN ANAK

1.EN.SHAHRUL FARID B.SOBRI


YANG TELAH MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN

1.EN.MOHD B.ESLAH
2.EN.AHMAD SOFI B.ZAINON
3.PN.NOOR HIDAYAH BT.ISMAIL
4.PN.WAN ROHANI BT.MAT SAAD


YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

1.EN.AZHARI B.HAKIM
ANAK, NUR ARIFAH BT.AZHARI - 8A SPM

Selasa, 23 Jun 2009

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL BIRO EKONOMI

PENGERUSI:
SALASIAH BT. SULAIMAN

TIMBALAN PENGERUSI:
FIROZA BT. KELIWON

SETIAUSAHA:
SYAFIAH BT. AHMAD TASIR

AHLI JAWATANKUASA:
SELVAVATHY A/P E RASIAH
FAZILAH BT. MOHD. RASHID
WAN ROHANI BT. MAT SAAD
ZAINAH BT. SAIDI
MOHD. WIRA B. PAKHARARRADZI
SABARRUDIN B. AHMAD

SELAMAT MENJANA EKONOMI DEMI KEMAKMURAN.

Ahad, 21 Jun 2009

KEPUTUSAN SUKAN TIGA PENJURU - BADMINTON

Akhirnya, sukan badminton telah selesai dijalankan dengan perlawanan akhir antara SPS menentang Kerian berakhir dengan Kerian menang 5 - 2. Tahniah kepada barisan pemain Kerian dan juga SPS serta B.Baharu yang telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang sukan ini berlangsung.

Perlawanan akhir ini telah berlangsung meriah di Dewan Serbaguna SPS dengan menyaksikan aksi sengit antara kedua-dua pasukan.

Selepas ini, sukan tenpin bowling akan mengambil tempat dengan perlawanan akan diadakan di Megalanes, Perai pada 3 Julai 2009 (Jumaat)nanti.

Khamis, 18 Jun 2009

SUKAN TIGA PENJURU SUDAH BERMULA



Pada hari Isnin (15 Jun) yang lalu, telah berlangsung acara pertama Sukan 3 Penjuru melibatkan perlawanan Badminton antara SPS menentang B. Baharu di Dewan Serbaguna SPS. Kelmarin (17 Jun) pula berlangsung perlawanan antara B. Baharu menentang Kerian dan keputusan perlawanan tersebut adalah seperti berikut:



15 Jun : SPS kalahkan B. Baharu 6-1
17 Jun : Kerian kalahkan B. Baharu 6-1


Esok akan berlangsung perlawanan antara SPS dengan Kerian dan pemenangnya akan ditabalkan sebagai juara dalam acara ini.

Selamat Maju Jaya kepada semua.

Selasa, 16 Jun 2009

MAKLUMAN - SUKAN TIGA PENJURU

Kepada semua ahli kelab Petanda Kerian yang telah dipilih menyertai Sukan Tiga Penjuru dalam apa juga acara, diharap dapat memberikan komitmen untuk memastikan perjalanan sukan ini dapat berlangsung dengan lancar.

Sekiranya tuan/puan tidak berminat untuk menyertai acara ini sama ada atas sebab peribadi, kesihatan atau lain-lain hal, sila maklumkan lebih awal kepada pengurus pasukan masing-masing atau Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi supaya TIDAK MENIMBULKAN MASALAH kepada semua pihak yang terlibat.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

PINDAAN TARIKH SUKAN TIGA PENJURU - SEPAK TAKRAW

Untuk makluman semua, berikutan perubahan tarikh untuk sukan tenpin boling yang dianjakkan ke 3 Julai 2009 (Jumaat), maka tarikh sepak takraw juga terpaksa dipinda seperti berikut:

Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi (pendaftaran)
Tempat : Dewan Serdang.


Harap Maklum.

Jumaat, 12 Jun 2009

KADAR PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA AHLI KELAB PETANDA

BERIKUT ADALAH MAKLUMAN MENGENAI KADAR SUMBANGAN KEPADA AHLI KELAB PETANDA KERIAN.

1.KELAHIRAN CAHAYAMATA
Sumbangan kepada ahli sebanyak RM100.00 bagi setiap kelahiran (tiada had anak).

2.PERKAHWINAN
Sumbangan kepada ahli sebanyak RM100.00 bagi perkahwinan kali pertama.

3.KEMATIAN IBU BAPA/KELUARGA
Takrif ibu bapa: Ibu atau bapa ahli sahaja tidak termasuk ibu bapa mertua.
Takrif keluarga: Isteri atau suami dan anak-anak ahli sahaja.
Jumlah sumbangan: RM100.00

4.SAGUHATI ANAK-ANAK CEMERLANG PEPERIKSAAN
UPSR 5A = RM100.00
PMR 8A = RM160.00
SPM MIN 6A = RM200.00
STPM (3 SUBJEK LULUS PENUH) = RM200.00
TAWARAN IPTA/IPTS (DIPLOMA/IJAZAH) = RM200.00

*SEMUA PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT MELALUI BORANG PERMOHONAN SUMBANGAN KEBAJIKAN PETANDA YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA AJK BIRO KEBAJIKAN.

Khamis, 11 Jun 2009

PINDAAN TARIKH SUKAN TIGA PENJURU

Untuk makluman semua pihak yang terlibat, tarikh sukan tenpin bowling terpaksa diubah ke tarikh seperti berikut:

Tarikh : 3 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam (Pendaftaran)
Tempat : Megalanes, Perai, Pulau Pinang.


Harap maklum.

Jumaat, 5 Jun 2009

MAJLIS SINI SANA

Kelab PETANDA Kerian mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat ahli2 kelab yang akan melangsungkan perkahwinan.Semoga dimurahkan lagi rezeki dan jodoh berpanjangan ke anak cucu cicit. InsyaAllah.

Berikut adalah senarai Ahli yang akan mengadakan Walimatul Urus:

WAN ROHANI BT. MAT SAAD bersama pasangannya AHMAD NIZAR B.YUSUF
TARIKH: 6 JUN 2009, DI ALAMAT: BLOK X244,TMN.SERI SEMARAK, PARIT BUNTAR, PERAK

NOOR HIDAYAH BT. ISMAIL bersama pasangannya MOHAMMAD HAKIMI B.MOHD.ZOIKIFLI
TARIKH:7 JUN 2009, DI ALAMAT: 1515, KAMPUNG BARU, SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG



MOHAMMAD B. ESLAH bersama pasangannya NOOR NAZLEE BT. TAUHID
TARIKH: 7 JUN 2009, DI ALAMAT: KAMPUNG BARU, SUNGAI DUA, ULU BERNAM, HILIR PERAK, PERAK

AHMAD SOFI B. ZAINON bersama pasangannya ROSIAH BT. CHE HARUN
TARIKH: 10 JUN 2009, DI ALAMAT: NO.97, A2, KAMPUNG SAMA GAGAH, SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL,PERAK.



Juga tidak dilupakan buat TN. HJ. ZAMZURI B. HJ. IDRIS (BEKAS AHLI KELAB UNTUK LEBIH 20 TAHUN) yang akan mendapat menantu pertama. Beliau akan mengadakan majlis kenduri pada 6 Jun 2009 di alamat: 344, JALAN BUKIT 14, PERKAMPUNGAN TERSUSUN BUKIT JANA, KAMUNTING, TAIPING, PERAK.

Di sini juga Pihak Kelab Merakamkan tahniah buat MUSTAFA B. HARUN yang telah pun mendapat menantu pertama dan telah pun mengadakan majlis kenduri pada 31 mei 2009.

Tahniah juga kepada NOORIATUL HUDA BT. ARBAIN yang turut mendapat
adik ipar pertama. Keluarga beliau telah pun mengadakan majlis kenduri pada 31 mei 2009.

Rabu, 3 Jun 2009

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KECIL BIRO KEBAJIKAN

PENGERUSI:
HANIZA BT. MAHAMUDIN

SETIAUSAHA:
NUR KHAIRIAH BT. ABDULLAH

AJK:
NOORIATUL HUDA BT. ARBAIN
ZAINAH BT. SAIDI
SYAFIAH BT. AHMAD TASIR
SAIFUL AMIN B. HASSAN
MOHD.IZAZI B. ZAILANI


*BERKEBAJIKAN MEMBAWA KEBERKATAN

JADUAL SUKAN 3 PENJURU

Berikut adalah Jadual Sukan 3 Penjuru yang bakal dilangsungkan nanti, namun jadual ini tertakluk kepada pindaan:

BADMINTON
Tempat : Dewan Serbaguna, Seberang Perai Selatan, P. Pinang
Masa : 5.00 ptg
Tarikh :
15 Jun 2009 (Isn) - SPS vs. B. Baharu
17 Jun 2009 (Sel) - Kerian vs. B. Baharu
19 Jun 2009 (Jum) - SPS vs. Kerian
Perlawanan Akhir - TBC

TENPIN BOWLING
Tempat : Megalane, Seberang Perai, P. Pinang.
Tarikh : 26 Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 8.00 mlm

SEPAK TAKRAW
Tempat : Dewan Serdang, Bandar Baharu, Kedah.
Tarikh : 4 Julai 2009 (Sabtu) - Karnival
Masa : 9.00 pagi
Perlawanan 1 - B. Baharu vs. SPS
Perlawanan 2 - SPS vs. Kerian
Perlawanan 3 - B. Baharu vs. Kerian
Perlawanan Akhir - Tempat 1 vs. Tempat 2

BOLA JARING
Tempat : Padang Bandaran, Parit Buntar, Perak.
Masa : 5.00 ptg
Tarikh :
7 Julai 2009 (Sel) - Kerian vs. SPS
14 Julai 2009 (Sel) - SPS vs. B. Baharu
21 Julai 2009 (Sel) - Kerian vs. B. Baharu
Perlawanan Akhir - TBC

BOLA TAMPAR
Tempat : Gelanggang Bomba, Parit Buntar, Perak
Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu) - Karnival
Masa : 9.00 pagi
Perlawanan 1 - Kerian vs. SPS
Perlawanan 2 - SPS vs. B. Baharu
Perlawanan 3 - Kerian vs. B. Baharu
Perlawanan Akhir - Tempat 1 vs. Tempat 2

BOLA SEPAK

Tempat : Padang Bandaran, Bandar Baharu, Kedah.
Masa : 5.00 ptg
Tarikh :

9 Julai 2009 (Kha) - B. Baharu vs. Kerian
16 Julai 2009 (Kha) - SPS vs. Kerian
23 Julai 2009 (Kha) - B. Baharu vs. SPS
Perlawanan Akhir - TBC

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Biro Sukan & Rekreasi, Kelab Petanda Kerian:
En. Azam (012-5674417), En. Hamizan (012-4356260) atau En. Tajudin (012-5840961)


SUKAN TIGA PENJURU


Semalam telah diadakan mesyuarat kali kedua melibatkan tiga kelab Petanda iaitu Petanda Kerian, Perak, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Bandar Baharu, Kedah untuk merancang sebuah kejohanan sukan melibatkan tiga kelab tersebut. Semua wakil kelab telah bertemu di Bilik Kelisa, Pejabat Tanah Kerian yang dipengerusikan oleh Naib YDP1 Petanda Kerian yang mewakili Tuan YDP yang terpaksa berada di Ipoh atas urusan lain.



Mesyuarat kali ini juga lebih membincangkan mengenai isu-isu teknikal dan pengurusan perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh ketiga-tiga kelab dalam melaksanakan sukan tersebut. Hasilnya, kejohanan tersebut dijangka akan dilangsungkan selepas cuti persekolahan seperti berikut (tertakluk kepada perubahan):

1. Badminton (tuan rumah: SPS - DSB, SPS) - 15, 17 & 19 Jun 2009
2. Tenpin Bowling (tuan rumah: SPS - Megamall) - 26 Jun 2009
3. Sepak Takraw (tuan rumah: B.Baharu - Dewan Serdang) - 4 Julai 2009 (Karnival)
4. Bola Sepak (tuan rumah: B.Baharu - Pdg. Bandaran) - 9, 16 & 23 Julai 2009
5. Bola Jaring (tuan rumah: Kerian - Pdg. Bandaran) - 7, 14 & 21 Julai 2009
6. Bola Tampar (tuan rumah: Kerian - Gelanggang Bomba PB) - 11 Julai 2009 (Karnival)

Jadual lengkap perlawanan akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Biro Sukan & Rekreasi, Kelab Petanda Kerian:
En. Azam (012-5674417), En. Hamizan (012-4356260) atau En. Tajudin (012-5840961).